PISAHKAN AGAMA DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN??? KENYATAAN BIADAB SITI KASSIM YANG MEMPROMOSI IDEOLOGI LIBERAL BOLEH MENGGUGGAT KETENTERAMAN BERAGAMA DI NEGARA INI


Ciapan di laman twitter oleh seorang pengamal undang-undang yang tidak lekang dengan kontroversi iaitu Siti Kassim sekali lagi mengundang kecaman dengan ciapannya berbunyi “kita perlu berusaha memisahkan agama dari kerajaan Persekutuan kita atau ahli politik akan terus menggunakan Islam dalam politik”.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim tersebut adalah mengulas sebuah ciapan lain yang memuat naik video Imam Mohammad Tawhidi beserta kapsyen: “kita mahu Islam tanpa pemenggalan, rejam dan pertumpahan darah”. Lantas pengamal undang-undang itu turut setuju dengan kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa Malaysia juga ada golongan-golongan ekstremis.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim tersebut memperlihatkan bahawa ideologi liberalisme yang semakin ekstrem melanda pemikiran masyarakat Melayu-Islam. Namun, kenyataan yang menyatakan “Malaysia juga ada golongan-golongan ekstremis” tidak seharusnya dipukul rata kepada semua masyarakat Islam, sedangkan Islam yang ekstemis itu hanya menjurus kepada kelompok radikal tertentu seperti Daesh, Syiah, Jemaah Islamiyah dan sebagainya.

Greg Barton, seorang tokoh yang mendokong Islam Liberal di Indonesia menyatakan bahawa terdapat empat rukun asas bagi ajaran Islam liberal, iaitu:
i. Kepentingan kontekstualisasi ijtihad
ii. Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan (agama)
iii. Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama
iv. Pemisahan agama dari politik  

Secara jelasnya, tanpa berselindung lagi Siti Kassim telah membawa ideologi liberal dalam masyarakat Islam serta menghasut umat Islam untuk memperjuangkan pemisahan agama dari segala aspek terutamanya politik kononnya atas faktor kebebasan dan campurtangan agama telah menyebabkan kacau bilau dalam politik. Seharusnya sebagai seorang pengamal undang-undang dia lebih tahu bagaimana asal-usul sesebuah undang-undang itu dan bagaimana ianya terpakai. Pertikaian dan hasutan yang dilakukan oleh Siti Kassim tersebut sepatutnya dikenakan tindakan yang berat kerana ia mampu memberi implikasi yang buruk kepada nama agama Islam dan akidah umat Islam itu sendiri.


Sumber: samudera.my – 25 JAN 2022 dan al-Bayan Siri 12, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri – 14 SEPT 2020


 

Comments