AWAS DENGAN ISLAM LIBERAL!!! BERKONSPIRASI UNTUK MEMPERTAHANKAN LGBT DAN MEMPERLEKEHKAN UNDANG-UNDANG ISLAM


AWAS DENGAN ISLAM LIBERAL!!! 

BERKONSPIRASI  UNTUK MEMPERTAHANKAN LGBT DAN MEMPERLEKEHKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Gerakan Islam Liberal di Malaysia tidak berlaku secara menonjol atau terbuka sebagaimana di Indonesia kerana di negara ini masih belum ada sebuah pertubuhan khusus yang menggunakan perkataan Islam Liberal. Namun, sudah ada beberapa organisasi yang bergerak sebagai NGO yang semakin lantang bersuara untuk menyebarkan fahaman Islam liberal ini terutamanya melalui penulisan dan komunikasi di sosial media.  Mereka mendapat bantuan badan daripada gerakan Islam liberal dan gerakan liberalisme antarabangsa yang menyalurkan dana untuk aktiviti bertopengkan Islam yang mereka jalankan.

Pemikiran Islam liberal ini mengiktiraf hak-hak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan individu yang mengamalkan interseksual.  Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau ketetapan yang memberikan hak-hak yang samarata untuk semua golongan manusia dalam masyarakat tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya hidup seseorang.

Hasilnya, sebagai contoh masyarakat Malaysia dapat melihat kejayaan usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sajat yang merupakan seorang transgender sangat berjaya dalam kehidupannya yang kini mengembangkan perniagaannya ke luar negara, malah mendapat sokongan pelbagai pihak yang mempertahankan hak individu tersebut untuk tidak dikecam atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang. 

Bukan itu sahaja, kehilangan Sajat yang telah dikenakan waran tangkap tanpa dikesan suatu ketika dahulu oleh pihak berkuasa juga memberi seribu satu persoalan kepada masyarakat kerana seolah-olah Sajat adalah seorang pengganas yang sangat sukar untuk ditangkap, sedangkan dia hanyalah seorang transgender. Hal ini menunjukkan seperti terdapat individu-individu mahupun pertubuhan-pertubuhan berpengaruh yang cuba melindungi dan mempertahankan seorang Islam LGBT daripada dikenakan tindakan undang-undang syariah dan menganggap pihak berkuasa telah menghalang hak kebebasan individu. Pengasas kosmetik itu juga dilihat memperlekehkan Jabatan Agama Islam menerusi Facebook miliknya baru-baru ini kerana dikatakan ‘lembab’ bertindak dan dia berasa bangga kerana berjaya lolos ke Australia serta perniagaannya juga lebih berjaya di negara orang. 

Kumpulan yang berpegang kepada fahaman Islam liberal ini kelihatan semakin lantang mempertikaikan undang-undang syariah, memperlekehkan tindakan pihak berkuasa Islam yang mengambil tindakan terhadap kes-kes yang berhubung perlanggaran syariah, malah lebih teruk lagi mereka mula menuntut supaya insititusi agama di Malaysia dibubarkan. Ini merupakan satu cabaran besar yang dihadapi oleh insitutusi agama kerana kumpulan ini menganggap agama bukanlah hak mutlak ulama dan pejabat mufti. Mereka merasakan mereka bebas untuk mengkritik dan mengeluarkan pendapat walaupun tidak mengikut piawaian intelektual atau uslub ilmu yang betul.

Sumber: Seminar Pemurnian Akidah 2009, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


 

Comments