AWAS, JANGAN KELIRU!!! SYIAH BUKANLAH SALAH SATU MAZHAB DALAM ISLAM, TETAPI ADALAH AJARAN SESAT YANG MENYALAHI AKIDAH ISLAM YANG BENAR (AHLI SUNNAH WAL JAMAAH)
Perkembangan Syiah di Malaysia adalah berasaskan kejayaan revolusi Iran yang menyingkirkan golongan diraja negara itu yang dikenali sebagai ‘Shah of Iran’. Kejayaan gerakan terbabit sedikit sebanyak telah mendapat tempat di hati pemimpin politik tanah air dan wujud pandangan bahawa untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia, perlulah mengikut contoh di Iran.
Ditambah pula dengan kepulangan pelajar-pelajar Malaysia dari Iran, merancakkan lagi perkembangan Syiah sehingga terwujudnya hauzah-hauzah dan bermulalah konflik antara aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sememangnya menjadi pegangan akidah umat Islam di Malaysia.
Sedangkan dalam Islam, Syiah tidak pernah diiktiraf sebagai sebahagian daripada mazhab kerana secara jelasnya ajaran Syiah bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dari aspek akidah golongan Syiah mempercayai Imam mereka termasuk dalam rukum Islam, ilmu Allah itu berubah mengikut suasana atau peristiwa yang berlaku pada manusiasedangkan secara mutlaknya ilmu Allah bersifat ‘Qodim’ (sedia ada) dan tidak boleh dipertikaikan.
Selain itu, mereka juga mengkafirkan para sahabat dan kerana itu mereka menolak hadis sedangkan hadis itu merupakan sumber rujukan utama umat Islam selepas al-Quran. Mereka juga menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mut’ah. Apetah lagi solat lima kali sehari yang menjadi pegangan umat Islam juga tidak diamalkan oleh golongan Syiah. Sebaliknya mereka hanya solat tiga kali sahaja dan dijamakkan setiap waktu. Contohnya, solat Zohor dan Asar dijamakkan pada solat zohor, maghrib dan isyak dijamakkan dalam solat Maghrib dan Subuh sahaja seperti biasa.
Oleh sebab itu, adalah satu tindakan yang wajar majlis fatwa kebangsaan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysiakerana mereka amat bercanggah dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Jika mengikut statistik di Malaysia, golongan Syiah sebenarnya semakin ramai tetapi mereka bersifat taqiyyah (berpura-pura), kerana khuatir akan mendapat tentangan dari ASWJ. Maka, pantauan secara berterusan perlulah dilakukan kerana khuatir boleh membawa kepada ancaman keselamatan pada negara.
Sejarah yang berlaku di Syria, Yaman dan Iraq sudah ada, wujud kemungkinan akan berlakunya kegiatan keganasan di Malaysia juga adalah tinggi kerana mereka memiliki kuasa, kemampuan persenjataan dan sokongan dari negara Barat. Walaupun di Malaysia masih tidak nampak ancamannya, tetapi isu ini perlulah diambil cakna dengan serius.
Sumber: Metro, 2 Disember 2018
Comments
Post a Comment