AWAS JERAT PERCINTAAN!!! PERANGKAP GERAKAN KRISTIANISASI UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM

 

Mutakhir ini gejala murtad semakin kerap menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang pendidikan agama apabila mudah terpengaruh dengan modus operandi gerakan musuh-musuh Islam yang cuba memurtadkan orang Islam melalui percintaan dan perkahwinan.

Terdapat banyak kes yang menunjukkan orang Melayu Islam murtad disebabkan oleh percintaan atau perkahwinan. Sebagai contoh, Hartina Kamaruddin daripada Kampar Perak telah murtad kerana mengikut agama suami yang berbangsa India, Nor Aisyah Bokhari daripada Pontian Johor yang merupakan seoran yang warak dan anak kepada seorang imam telah berkahwin lari dengan seorang pemuda berbangsa cina, Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy yang berketurunan jawa telah membuat permohonan murtad untuk mengahwini seorang lelaki india beragama Kristian malah telah mempunyai sijil baptis dari gereja baptis our lady fatima di brickfield dan tidak mempraktikkan agama Islam sejak lahir.

Hal ini menunjukkan bahawa modus operandi gerakan memurtadkan orang Melayu Islam melalui pecintaan atau perkahwinan amat berkesan dan peratusan kejayaan adalah sangat tinggi demi meruntuhkan akidah seseorang yang beragama Islam dan menghancurkan agama Islam di mata dunia. Oleh itu, umat Islam perlu berwaspada dengan taktik gerakan misionari ini. Janganlah kerana cinta boleh membuatkan anda menjadi buta dan menggadaikan agama. Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam, petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, kelak ia akan membantu anda dari terus sesat. Pihak berkuasa juga perlu lebih proaktif dalam menangani perkara ini. Janganlah berkira soal bidang kuasa, jalankanlah tugas demi amanah untuk menjaga agama.

Sumber:  Harakah Daily- 20 Februari 2021


Comments