AWAS MODUS OPERANDI GERAKAN KRISTIANISASI!!! ‘GROOM’ ORANG MELAYU-ISLAM UNTUK MENJADI PADERI SETERUSNYA MENJADIKANNYA SEBAGAI PERANTARA UNTUK MEMURTADKAN ORANG ISLAM
Permasalahan murtad sebenarnya telah lama berlaku di dalam sejarah Islam dan ianya bermula sejak di zaman Rasulullah SAW lagi apabila wujud umat Islam yang munafik dan beriman kepada Baginda Muhammad SAW disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk kepentingan dunia.
Maka tidak hairanlah jika gejala murtad kini masih berlaku malah trend memperlihatkan bahawa semakin ramai golongan Melayu Islam yang di ‘groom’ menjadi paderi. Hal ini menunjukkan modus operandi (MO) gerakan kristianisasi terkini jauh berbeza dengan dahulu yang lebih menjurus ke arah keganasan dan pertumpahan darah seperti perang salib. Kini, konsep lembut lebih ditekankan dalam MO nya seperti memfokuskan ke arah amal kebajikan. Ternyata taktik ini lebih berjaya menarik minat masyarakat Melayu-Islam atas asbab keprihatinan tersebut seterusnya lebih mudah untuk memanipulasikan akidah umat Islam di negara ini.
Sebagai contoh, menurut pengalaman Salleh bin Omar yang dahulunya merupakan seorang Paderi Melayu yang berjaya di ‘groom’ oleh seorang paderi Kristian dan kini telah bertaubat, punca utama golongan Melayu Islam terjebak dalam Kristian adalah disebabkan oleh desakan hidup, tiada tempat bergantung dan kurang didikan agama.
Pendakwah Kristian ini akan menyediakan pekerjaan, tempat tinggal, keperluan makanan dan secara perlahan-lahan diajak sembahyang memegang salib (cross) dan diberi sejenis air hitam yang dikenali sebagai ‘holy water’. Menurutnya lagi, kitab Bible dalam versi Bahasa Melayu akan diberikan beserta pita rakaman yang mengandungi nyanyian keagamaan supaya mudah dihafal sebelum mendengar ceramah yang kandungannya lebih kepada menolak Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Sekiranya lebih ramai paderi Melayu dihasilkan, maka apakah yang akan terjadi dengan masyarakat Melayu-Islam kini yang dilihat berfikiran lebih terbuka terhadap pandangan dalam beragama? Bukankah dengan kewujudan paderi Melayu yang bertindak sebagai ‘missionary’ akan merancakkan lagi gerakan kristianisasi dalam kalangan bangsa Melayu?
Sedarlah sesungguhnya fenomena ini adalah satu proses terancang dan berterusan dalam menghancurkan akidah masyarakat Islam dan seterusnya meruntuhkan terus Islam itu sendiri. Dimanakah peranan kita sebagai Umat Islam?
Sumber: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya
Comments
Post a Comment