BAHAYA ATEIS!!! JANGAN AMBIL MUDAH MESKIPUN JUMLAHNYA MINORITI KERANA IA MAMPU MEMBERI IMPLIKASI YANG BESAR TERHADAP AKIDAH UMAT ISLAM


Perbahasan mengenai ateisme yang banyak dilakukan oleh pelbagai pihak bermula dari pemikir klasik hingga pemikir kontempori belumlah dianggap tamat kerana menurut kajian mengenai 'Global Index of Religiousity and Atheisme', jumlah penganut ateis dilihat semakin bertambah dan berkembang. 

Di Malaysia, status semasa memperlihatkan bahawa perbincangan mengenai ancaman ateisme hampir tiada dibincangkan. Namun, terdapat pihak (khususnya beraliran liberal) yang membantah pembanterasan ateisme dengan menggunakan alasan memperjuangkan kebebasan beragama. Antara individu yang menyatakan penyanggahan terhadap usaha pembanterasan pengaruh ateisme adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Farouk Musa dan Farouk A. Peru.

Penemuan kajian mengenai 'Global Index of Religiousity and Atheisme' itu juga mendapati bahawa di antara seluruh agama yang ada, penganut agama Islam dan Hindu adalah yang tertinggi yang terpengaruh dengan fahaman ateis iaitu sebanyak tiga peratus, sedangkan penganut agama Yahudi dua peratus, Katolik dan Protestan masing-masing satu peratus. Mereka yang berpendidikan dan yang berpendapatan tinggi dilihat menjadi penyumbang utama kenaikan angka sebagai penganut ateis atau golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. 

Berdasarkan perkara tersebut, walaupun peratusan ateis di Malaysia masih berskala kecil, tetapi situasi ini sangat membimbangkan dan berpotensi untuk meningkat jika tidak diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Ateis walaupun masih kecil bilangannya, namun ia tetap memberi ancaman yang serius kepada akidah umat Islam di negara ini. Apatah lagi dakyah ateis dilihat begitu mudah mempengaruhi golongan muda yang tidak mempunyai asas agama (akidah) yang kuat dan mudah dipengaruhi oleh konsep kebebasan liberalisme Barat. Justeru itu, pemantapan akidah dan  peranan institusi perkahwinan atau institusi keluarga dalam memperkasakan prinsip dan nilai-nilai Islam dalam diri anak-anak dan ahli keluarga adalah perlu. Ia sangat penting sebagai langkah awal untuk membanteras pengaruh-pengaruh negatif dalam diri dan keluarga.

Sumber: Jurnal Aqidah dan Filsafat – Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.


 

Comments