BENDUNG SYIAH DARI TERUS BERKEMBANG!!! AJARAN SYIAH MENYEBABKAN PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN DALAM KALANGAN UMAT ISLAM KERANA MENGAMALKAN FAHAMAN YANG BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH
Antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini ialah perpecahan yang dibawa oleh ajaran Syiah. perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan membabitkan soal 'fiqhiyyah' semata-mata, tetapi juga di antara haq dengan yang batil. Ulama terdahulu sudah melakukan usaha 'taqrib' kedua kelompok ini. Namun begitu, ia suatu usaha yang sia-sia kerana tidak wujud sebarang titik pertemuan di antara Sunnah dan Syiah.
Adalah mustahil untuk mencari keselarian dan kesefahaman antara Sunnah dan Syiah memandangkan perkara-perkara asas dari sudut akidah pun sudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Menurut Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syeikh Abdurrahman bin Ibrahim Al-Rubai’in, penyatuan kedua-duanya (Sunnah dan Syiah) tidak akan tercapai disebabkan sikap pengikut Syiah sendiri yang tidak mengiktiraf al-Quran dan hadis yang digunakan oleh ahli Sunnah kerana dikatakan tidak lengkap dan disembunyikan atau diriwayatkan oleh para sahabat yang dituduh pengkhianat, pembohong dan berbagai lagi.
Oleh itu, antara resolusi yang perlu diambil tindakan segera bagi mengekang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia adalah jabatan agama negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu menyebarluaskan kempen menerusi pelbagai medium komunikasi bagi meningkatkan kesedaran berhubung kesesatan dan bahaya Syiah.
Disamping itu, kerajaan juga diseru untuk menyekat sebarang ruang media kepada mana-mana kumpulan Syiah atau mana-mana individu yang membela ajaran tersebut dan berhasrat menzahirkan pemikiran atau tuntutan mereka. Kerajaan juga perlu berwaspada daripada bekerjasama dengan pihak yang mempunyai agenda untuk memporak-perandakan Malaysia sebagai pemegang Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Masyarakat juga diseru untuk bersama-sama berusaha menolak ajaran Syiah dengan menambah ilmu dan maklumat berkaitan menerusi pengajian ilmu yang berterusan selain diseru untuk bersatu-padu dalam mendepani ancaman akidah. Kita perlu mengambil langkah proaktif dan agresif dalam hal-hal berkaitan akidah yang terlihat cenderung mampu memberi ancaman keselamatan dan keharmonian negara.
Tidak salah untuk kita membuat sekatan dengan lebih awal daripada kita biarkan Syiah berkembang dan kemudiannya akan mengakibatkan permusuhan yang serius hatta berlaku peperangan yang boleh memberikan kita 1001 penderitaan dan kesusahan.
Sumber: Harian Metro – 5 Januari 2020
Comments
Post a Comment