HATI-HATI DENGAN GERAKAN HIZBUT TAHRIR!!! MEMBAWA KONSEP AKIDAH DAN AKHLAK YANG MENGELIRUKAN DAN BOLEH MENYESATKAN KERANA TIDAK MENGIKUT FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Hizbut Tahrir mempunyai penilaian tersendiri terhadap beberapa konsep dalam Islam. Ianya termasuk konsep akidah dan konsep pembentukan akhlak.
1. Konsep Akidah. Menurut
Mukhlis al-Syarkuni dalam bukunya yang bertajuk "Bara Islam Melalui Pembentukan Jemaah Akhir Zaman", ada menyatakan bahawa prinsip dan pemikiran Hizbut Tahrir terbahagi kepada dua iaitu: Pertama, prinsip dalam masalah keyakinan. Kedua, prinsip dalam pengamalan hukum Islam. Dalam masalah akidah, Hizbut Tahrir bersandar kepada akal fikiran dan menyatakan bahawa Islam telah membangun akidah di atas akal sehingga dapat dicerna dan diketahui atau dari rujukan yang tetap menurut akal fikiran seperti al-Quran dan al-Sunnah yang mutawatir.
Manakala dalam pengamalan hukum Islam pula, Hizbut Tahrir tidak perlu berdakwah berkenaan dengan amalan solat, puasa atau hukum-hukum lainnya. Ini adalah kerana menurut pandangan mereka, ia harus dikerjakan oleh pemerintah Islam selepas ia dibangunkan. Perbezaan di antara dakwah yang dipikul oleh jamaah Islam dengan dakwah yang dipikul oleh negara Islam ialah sekiranya sebuah negara Islam berdakwah agar rakyatnya melaksanakan amal Islami, iaitu
menyesuaikan Islam dalam urusan dalaman dengan penyesuaian penuh.
2. Konsep pembentukan akhlak
Adapun dalam masalah akhlak dan pengajaran, Hizbut Tahrir tidak menganggap perlu membawa misi dakwah ke arah akhlak yang mulia. Mereka membatasi misi ini dengan mengatakan “untuk itu wajib menjadikan jamaah memikul dakwah Islam sebagai jamaah politik, tidak dibenarkan menjadi jamaah sebagai kumpulan ruhiyyah, kumpulan ilmiah, pengajaran dan apapun yang menyamainya”. Kewajipan menjadikan jamaah sebagai kumpulan politik inilah yang menjadikan Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik dan mengkritik para jamaah Islam yang mengarahkan manhaj dakwah mereka kepada pembentukan akhlak. Menurut Hizbut Tahrir, umat Islam tidak akan bangkit melalui akhlak, tetapi hanya akan bangkit melalui akidah yang diyakininya, fikrah yang dipikulnya dan undang-undang yang diterapkannya.
Selain itu, pandangan Hizbut Tahrir juga menyatakan bahawa umat atau bangsa tidak akan lahir atau tegak kerana akhlak tetapi kerana akidah yang dianuti, pemikiran dan peraturan yang dilakukan oleh mereka. Organisasi yang dianggap keliru terhadap sabda Nabi SAW tersebut dikatakan muncul akibat kefahaman yang salah terhadap erti masyarakat kerana merasakan bahawa masyarakat itu tersusun dari individu, sedangkan masyarakat adalah satu kesatuan yang terdiri daripada manusia, pemikiran, perasaan dan peraturan. Kehancuran masyarakat berpunca dari rosaknya pemikiran, perasaan dan peraturannya bukan dari kerosakan akhlaknya.
Disebabkan itulah, Kumpulan Hizbut Tahrir ini boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh dikenakan tindakan undang-undang pada mana-mana individu yang mengamalkan dan menyebarkan ideologinya.
Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam, KUIS (Bil. 8, Isu 1:2015).
Comments
Post a Comment