ISLAM MUNDUR DAN JUMUD??? KALIMAT YANG SERING DIMAINKAN OLEH GOLONGAN LIBERAL UNTUK MERACUNI PEMIKIRAN UMAT ISLAM AGAR MEMBENCI ISLAM DAN ULAMA
Liberalisme merujuk kepada suatu ideologi politik yang bertentangan dengan konservatisme, fasisme dan komunisime. Ianya lahir sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun.
Tidak dinafikan bahawa liberalisme dibangunkan untuk memelihara kepentingan dan tujuan (maqasid) manusia, yang secara semulajadinya inginkan kebebasan dan bebas daripada sebarang penindasan. Namun, ia kemudian berkembang menjadi cara hidup dan kepercayaan yang menjadi antithesis kepada agama.
Islam perlu dibezakan dengan ideologi dan isme ciptaan manusia. Islam tidak boleh dirujuk kepada pentafsiran yang sempit dan melampau. Islam sebagai agama dan cara hidup yang memiliki cara pandang tersendiri dalam hal-hal politik, ekonomi, moral dan sebagainya. Perkara ini adalah sesuatu yang mustahil jika hendak dikatakan Islam adalah ciptaan manusia kerana terdapat kestabilan dan keanjalan (dynamic stabilism) yang menyebabkannya mampu mengharungi cabaran zaman.
Agama Islam ini telahpun membangunkan peradaban dan ketamadunan di timur dan barat, yang membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan, penindasan, pengkastaan, perhambaan dan mengangkat darjat berbilang kaum, jantina serta budaya agar menjadi manusia yang bertamadun dan berakhlak mulia. Oleh itu dimanakah isu manusia itu mundur jika berpegang kepada Islam sepertimana dakwaan golongan liberal?
Sumber: Afkar Vol. 20 Issue 2 (2018): 1-52
Comments
Post a Comment