AWAS BAHAYA KELOMPOK ISLAM LIBERAL!!! CUBA MENAFSIRKAN SEMULA AL-QURAN SUPAYA MENEPATI PRINSIP LIBERALISME BARAT KONONNYA UNTUK MEMBAWA KEMAJUAN KEPADA UMAT ISLAM

 

Perkembangan kemajuan dan perubahan sosial yang berlaku di dunia Barat telah menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi dunia Islam. Barat dianggap sebagai simbol gaya hidup moden dan pihak yang meperjuangkan hak dan kebebasan manusia. Maka, sesetengah golongan umat Islam beranggapan bahawa agama adalah sebagai faktor penghalang bagi mencapai kemajuan.

Oleh itu, solusinya adalah Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan seharian. Mereka terima segalanya daripada Barat dan secara terang menolak agama. Golongan liberal (Islam liberal) secara jelasnya tanpa berselindung telah memainkan peranan aktif dalam menyalahkan agama yang difahami mengikut ulama muktabar terdahulu. Mereka mahukan kebebasan untuk berijtihad mengeluarkan hukum-hukum Islam yang baru sesuai dengan kehendak Barat dan menolak autoriti agama yang ditafsirkan oleh ulama-ulama salaf kerana dikatakan mundur, jumud dan sudah ketinggalan zaman.  

Sekiranya hal ini berlaku ia akan mencetuskan kekeliruan dan kejahilan terhadap Islam yang akhirnya menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada tokoh Islam yang muktabar dan diperakui ketinggian ilmu, kewarakan, amanah dan sebagainya serta diiktiraf oleh baginda Rasulullah SAW sendiri sebagai ulama pewaris nabi. Golongan Islam liberal ini juga mencabar kewibawaan sumber hukum yang disepakati iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas. Lebih dahsyat lagi apabila golongan liberal ini percaya bahawa al-Quran perlu ditafsir semula dan hukum-hakam Islam juga perlu disemak semula agar bersesuaian dengan zaman atau trend terkini yang selari dengan prinsip liberalisme Barat.

Golongan liberal (Islam liberal) menggunakan asas dan fahaman menyeleweng, pincang serta tidak sesuai dalam menetapkan hukum Islam. Mereka juga meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap tradisi keilmuwan Barat dan menginginkan supaya hukum Islam perlu disesuaikan dengan sistem dan konsep liberalisme Barat walau dengan apa cara sekalipun. Sedangkan sistem dan konsep liberalisme Barat tersebut tenyata memang bercanggah dengan ajaran Islam sama ada dari segi akidah, syariat mahupun akhlak. Dakyah orientalis Barat ini secara tidak langsung adalah ancaman ideologi yang sangat bahaya kepada rakyat dan pemerintah negara Islam.

Sumber: Pusat Penyelidikan Strategik (PPS), Badan Pemikir Bebas Sosio Media-Politik


Comments