BAHAYA KITAB-KITAB SYIAH!!! KITAB-KITAB SYIAH BUKAN SAHAJA MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM MALAH BOLEH MENIMBULKAN ANCAMAN KESELAMATAN JIKA TERUS TERSEBAR

 



Syiah adalah satu ajaran menyeleweng dan sesat daripada Islam. Justeru itu ianya telah difatwakan haram semenjak tahun 1996 lagi. Tidak ada sebarang kompromi untuk menarik balik balik fatwa mengenai pengharaman ajaran Syiah di negara ini kerana ia tidak silap, malah ulama terdahulu seperti Imam Malik, Imam al-Qurtubi, Imam al-Bukhari dan Imam al-Ghazali sudah terlebih awal menfatwakan golongan Syiah itu terkeluar daripada ajaran Islam sebenar.


Ajaran Syiah yang disebarkan melalui pengajian kitab-kitab mereka memang akan menyesatkan umat Islam kerana ia bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagai contoh, di dalam kitab ‘Fashlul Khitab fi Tahrir Kitabi Rabbil Arbab’ iaitu sebuah kitab yang menjadi rujukan golongan Syiah, menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang telah diselewengkan. Oleh sebab itu, golongan tersebut mendakwa bahawa fatwa pengharaman Syiah itu adalah satu tindakan yang salah. Mereka beralasan bahawa ajaran Syiah tidak bertentangan dengan Islam kerana mengikut Syiah, seperti juga pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka menerima al-Quran sebagai wahyu dan beriman dengan Allah. Namun sebenarnya apabila mereka menafikan al-Quran yang ada sekarang kerana dikatakan tidak lengkap, disembunyikan sebahagiannya oleh para sahabat dan al-Quran yang ada pada mereka sahaja yang lengkap, itu sudah menjelaskan tentang kesesatan mereka.


Malah di dalam kitab-kitab rujukan Syiah yang lain seperti ‘Ikmal ad-Din’ menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mempercayai Imam ghaib adalah seorang yang lebih kafir daripada iblis. Bahkan dalam kitab ‘Biharul Anwar’ pula mengatakan halal darah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang membawa maksud boleh diperangi.


Justeru itu, fahaman Syiah ini sekiranya berleluasa akan menyebabkan umat Islam berpecah-belah, terkeliru akidah dan kecenderungan untuk terpesong dari ajaran Islam yang sebenar adalah tinggi. Perkara ini jika tidak dibendung bakal memberi ancaman bukan sahaja pada akidah umat Islam dalam masyarakat, malah boleh menyebabkan berlakunya ancaman keselamatan dalam negara


Sumber: Berita Harian – 20 November 2018

Comments