BAHAYA PEMIKIRAN SESAT ISLAM LIBERAL!!! MENGGEMBAR-GEMBURKAN ISLAM TAFSIRAN ULAMA TERDAHULU (SALAF) SEBAGAI PUNCA KEMUNDURAN MASYARAKAT ISLAM MASA KINI
Islam Liberal adalah istilah yang mula diperkenalkan oleh Charles Kurzman dan Leonard Binder dalam buku penulisan mereka. Ianya merujuk kepada satu aliran pemikiran yang cenderung kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tujuan konsep Islam Liberal ini diperkenalkan adalah untuk memperkukuhkan liberalisme politik di negara-negara Islam setelah kegagalan sekularisme.
Pemikiran Islam Liberal ini menolak segala tafsir ulama salaf dan ulama terkenal sebelum ini yang dianggap jumud dan kolot, malah bagi mereka ianya perlu disesuaikan dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia dan tamadun global sekarang ini, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan, ditafsir semula dan sebolehnya digugurkan. Terdapat enam gagasan yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran Islam Liberal iaitu:
1. Melawan teokrasi iaitu sebarang idea untuk menubuhkan negara Islam.
2. Mendukung gagasan demokrasi.
3. Membela hak wanita.
4. Membela hak-non muslim.
5. Membela kebebasan berfikir.
6. Membela gagasan kemajuan.
Di Malaysia, fahaman ini sedang giat disuburkan dan digerakkan oleh para aktivitis, ahli politik, NGO malah sarjana Islam yang berfahaman liberal sendiri melalui pelbagai pendekatan termasuklah ceramah, dialog, penerangan dalam radio, akhbar, seminar, wacana ilmu, penulisan dan sebagainya. Antara aktivis yang aktif berfahaman liberal dan sering menimbulkan kontroversi berhubung isu berkait hal sensitif agama Islam adalah Siti Kassim.
Siti Kassim pada suatu ketika dilihat lantang bersuara menyebelahi Singapura dan memperlekehkan Malaysia kerana tidak maju dan mundur disebabkan oleh terlalu terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam agama. Siti Kassim juga turut mengkritik cara berfikir pemimpin Malaysia yang dikatakan ketinggalan jauh ke belakang dan jumud kerana tidak berfikiran liberal jika hendak dibandingkan dengan pemimpin di Singapura. Oleh itu, dia menyanjung sistem dan pemikiran kebanyakan umat Islam di Singapura yang ternyata indeks kemajuan (berdasarkan penilaian barat) di Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia, walaupun tidak menjalankan sistem dan hukum-hukum Islam.
Masyarakat perlu sedar bahawa agama tidak menyebabkan sesebuah negara itu mundur. Memang benar Malaysia sedikit ketinggalan dari sudut kemodenan dan kemajuan jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain yang maju seperti Singapura, United Kingdom dan lain-lain, namun kita perlu berbangga bahawa indeks dari segi akhlak seperti isu zina, minum arak, berjudi, LGBT dan lain-lain perkara yang diharamkan oleh Islam adalah jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju yang dinyatakan tadi. Penilaian-penilaian yang dimomokkan di media adalah penilaian barat dan berfikiran liberal dengan niat untuk memburukkan Islam.
Sumber: www.academia.edu.my
Comments
Post a Comment