SYIAH YANG MENYESATKAN!!! MENGANGGAP IMAM KHOMEINI (ULAMA BESAR SYIAH) SEBAGAI WAKIL IMAM MAHDI DAN DIPUJA-PUJA MELEBIHI KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW
Khomeini atau dikenali sebagai Imam Khomeini telah dinobatkan oleh kelompok Syiah sebagai imam yang kononnya dilantik sebagai wakil bagi Imam Mahdi.
Kitab-kitab karyanya seperti al-Hukumah al-Islamiyah, Wilayatul Faqih, Kitab Kasyf al-Asrar, Kitab Tahrir al-Wasilah dan lain-lain lagi telah menjadikan beliau tersohor sebagai seorang ulama besar, menjadi pujaan dan dianggap maksum (terpelihara daripada dosa) oleh golongan Syiah.
Antara pendapat-pendapat Khomeini yang dianggap sesat dan kontroversi adalah seperti berkaitan kedudukan para imam Syiah yang dikatakan mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga melebihi kedudukan para Rasul dan Malaikat, maksum, semua kata-katanya dianggap benar dan tidak pernah salah, tidak pernah lupa dan lalai. Sebelum diciptakan alam ini mereka adalah cahaya yang duduk mengelilingi Arasy Allah S.W.T.
Selain itu, Khomeini juga berpendapat bahawa meminta sesuatu hajat daripada orang mati, batu-batu nisan atau tanah perkuburan imam-imam mereka tidak dianggap syirik. Hal ini kerana apabila berlaku permintaan itu di atas asas atau anggapan bahawa Allah berkuasa menerima permintaan melalui imam-imam yang bermati-matian kerana mempertahankan agama dan mengorbankan nyawa kerana Allah.
Khomeini juga membenarkan pengikut Syiah membina kubbah (bangunan) di atas kubur-kubur imam kerana menurutnya akan diberi pahala yang besar dan menghapuskan dosa mereka yang berbuat demikian.
Perkuburan Khomeini sendiri telah menjadi tempat tawaf bagi pengikut Syiah yang menziarahinya. Kuburannya di bawah kubbah besar dikelilingi pagar besi seluas 15 X 15 meter ditutupi kain hijau dan di atasnya ada gambar Khomeini. Makam pemimpin revolusi Iran yang juga digelar Ayatullah Khomeini oleh Syiah mempunyai sebuah kubbah besar dengan empat menara berlapis emas menghiasi kompleks pemakamannya.
Fahaman yang disebarkan oleh Imam Khomeini ini menjadi asas pegangan kumpulan Syiah sekarang ini yang memang jelas sesat lagi menyesatkan dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dalam artikel-artikel yang akan datang akan dikembangkan lagi dengan lebih lanjut perihal fahaman Khomeinisme ini yang dilihat menarik untuk didedahkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam secara umum tentang kesesatan Syiah dan bahayanya kepada pengikut ASWJ..
Sumber: Buku 'Syiah Komplot Tawan Dunia' oleh Sheikh Abu Muhammad Musanna.
Comments
Post a Comment