BAHAYA PEMIKIRAN LIBERAL!!! KONONNYA MENJADI 'HERO' UNTUK MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DARI KEMUNDURAN NAMUN SEBALIKNYA MENYEBARKAN IDEOLOGI YANG JELAS MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM


Umat Islam perlu bersedia mendepani dakyah segelintir pihak yang mencipta Islam versi ekstrem dan liberal. Secara sedar atau tidak, ada kecenderungan untuk memilih Islam liberal yang sengaja dicipta untuk menyesatkan umat Islam sendiri.

Sebagai contoh dalam bidang politik, terdapat beberapa parti politik yang secara langsung atau tidak langsung telah mempromosikan ideologi politik berkisar isu hak asasi sebagai agenda utama.  Misalnya hasrat untuk meratifikasikan segera Perkara '18th  International Covenant on Civil & Political Rights’ (ICCPR) iaitu perkara berhubung hak kebebasan beragama dan implikasi penerimaan ICCPR bakal membenarkan murtad berlaku di Malaysia.

Selain itu, ia juga menuntut penghapusan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat dan kesannya boleh mendorong kepada pengiktirafan perkahwinan sejenis kerana liwat tidak lagi dianggap jenayah. Perkara ini akan membuka ruang kepada pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini dibenarkan di 14 buah negara dan Thailand merupakan salah satu negara yang paling hampir dengan Malaysia yang dilaporkan sudah memperkenalkan undang-undang perkahwinan sejenis.  

Pada hari ini tanpa ratifikasi ICCPR pun sudah ada pihak yang berani menyebarkan kitab bible terhadap orang-orang Muslim walaupun pada asasnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(4). Maka bayangkan jika termeterainya ratifikasi tersebut, bukankah pihak-pihak terbabit menjadi semakin berani memperjuangkan hak asasi manusia tanpa batas yang digariskan agama Islam?

Jangan kerana terlalu taksub semata-mata demi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review agar menjadi lebih baik dan selaras perkembangan dunia, kelangsungan dan survival ummah pun mahu digadaikan. Ideologi politik tidak harus membutakan hati nurani daripada mencari kebenaran. Umat Islam perlu sedar ada usaha berterusan musuh agama untuk memesongkan umat Islam.

Justeru itu, umat Islam di negara ini perlu bersatu mendaulatkan Islam terutama di tanah air ini dan berganding bahu mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sumber: Berita Harian -13 April 2018, Harakah Daily – 15 November 2018.


 

Comments