MENGAPA MASIH TERPEDAYA DENGAN ATEIS? SEDANGKAN RAMAI CENDEKIAWAN BARAT (ATEIS) YANG MENGKAJI AL-QURAN UNTUK MENCARI JAWAPAN TELAH MENGAKU KEBENARAN ISLAM DAN KEWUJUDAN TUHAN

 

Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menetapkan antara satu sifat yang wajib ada bagi Allah SWT dalam pengajian sifat 20 itu adalah sifat ‘wujud’. Ianya tidak dapat dinafikan kerana ia selari dengan banyak dalil dan hadis yang menunjukkan Allah SWT itu wujud.

Antaranya dalam Surah al-Fusilat, ayat 37, bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakanNya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Mudah sahaja untuk mencapai keyakinan tentang kebenaran wujudnya Tuhan iaitu Allah SWT jika kita memahami dengan betul sifirnya. Pertama, memerhati dengan pancaindera terhadap perkara yang diciptakan olehNya seperti alam semesta yang tidak dijadikan dengan sia-sia. Melalui analisis yang sempurna dengan kaedah berfikir menggunakan akal secara tepat (ilmu mantik), seseorang itu akan berasa yakin terhadap bukti-bukti kewujudan Allah SWT.

Kedua, mengkaji kewujudan Allah SWT berdasarkan perkhabaran yang disampaikan kepada manusia melalui al-Quran dan hadis mutawatir serta hadis sahih. Kajian itu hendaklah dibuktikan melalui kaedah-kaedah ilmiah tertentu melalui 'al-istiqra’ al-tam' (mengkaji sesuatu permasalahan berdasarkan dalil yang terperinci). Jika perkara ini tidak benar, manakan ada para cendekiawan yang dahulunya menentang Islam, kini memeluk Islam dan menjadi orang yang paling kuat mempertahankan Islam. 

Sebagai contoh, Professor Siaveda iaitu seorang Profesir Geologi Marin dari Jepun. Sheikh Zindani, seorang ulama Yaman telah menanyakan pendapat beliau (Profesor Siaveda) mengenai apa yang dilihat dalam al-Quran dan hadis, dengan rahsia alam semesta serta bertanyakan bentuk gunung dan samada ia mempunyai akar dalam bumi atau tidak? Dengan tenangnya beliau menjawab “…bagi saya, ia tersangat misteri, seolah-olah ianya mustahil. Saya berasa jika apa yang anda kata itu benar, bermakna kitab ini adalah sebuah kitab-kitab yang tersangat luar biasa, dan saya setuju. Lalu beliau pun memasuki Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa menimba ilmu, mengkaji kejadian alam, meneliti al-Quran dan hadis mampu untuk memberikan bukti kepada kita terhadap pelbagai persoalan keraguan termasuklah soal kewujudan Allah SWT. Justeru itu, mengkaji dan meneliti adalah satu perkara yang penting dalam memfokuskan diri dalam melalui jalan yang benar berdasarkan bukti-bukti yang ditunjuukan di dalam al-Quran dan hadis.

Sumber: iluminasi.com dan Sinar Harian 8 MEI 2022


Comments