AWAS DENGAN GERAKAN MISIONARI KRISTIAN BARU - ‘TUHAN IBU’ MENGGUNAKAN TAKTIK HALUS YANG BERSELINDUNG DI SEBALIK PERSATUAN KEBAJIKAN UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM


Acap kali sudah diketengahkan isu berkenaan gerakan misionari Kristian yang semakin bertindak berani dalam gerakan dakwahnya untuk memurtadkan umat Islam khususnya. Kreativiti dakwahnya semakin menarik dalam mengaburi mata masyarakat umum tentang identiti sebenar disebalik persatuan yang ditubuhkan.

Sebagai contoh, baru-baru ini viral di sosial media berkenaan gerakan misionari Kristian yang berselindung disebalik persatuan kebajikan dan melakukan pelbagai program terutamanya di sekolah-sekolah kebangsaan dan universiti. Secara zahirnya program tersebut hanya nampak seperti program pertukaran budaya atau kempen-kempen sosial yang biasa, namun secara tidak sedar mereka menyuntik program tersebut dengan ideologi sesat Kristianisasi.

Gerakan tersebut yang berasal dari Korea Selatan dikenali sebagai World Mission Society Church of God (WMSCOG) telah membawa satu fahaman baru dalam agama Kristian iaitu selain Tuhan Bapa dan Tuhan anak, sebenarnya terdapat satu lagi Tuhan iaitu Tuhan Ibu. Fahaman ini mempercayai bahawa mendiang Ahn Sang Hong adalah Jesus atau Nabi Isa yang datang buat kali kedua dan Jang Gil Ja yang masih hidup di Korea Selatan sebagai Tuhan Ibu. Gerakan ini didakwa telah bertapak di 173 buah negara termasuklah di Malaysia. 

Di Malaysia, mereka telah berjaya memiliki bangunan Church of God tersendiri seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Kota Kinabalu, Petaling Jaya dan sebagainya. Mereka telah membentuk satu pertubuhan kebajikan yang dikenali sebagai ‘We Love u Foundation’.  Mereka bergerak sebagai sebuah badan sukarelawan yang kononnya berkempen untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang bahagia. Mereka ini dikenali sebagai Asez Wao (World Mission Society Church of God Young Asult Worker Volunteer Group).

Gerakan misionari Kristian yang berasal dari Korea Selatan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti dan kempen bersama pelajar-pelajar sekolah dan universiti dan tanpa disedari mereka menyelitkan berkenaan ideologi Tuhan Ibu dalam pemikiran masyarakat Islam. Gerakan Asez Wao ini turut mendapat liputan media seperti TV9 dan NTV 7 kononnya atas dasar kebajikan, keamanan dan pertukaran budaya, sedangkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka juga bergerak untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam secara sangat halus. 

Sebagai pengajarannya, selidiklah dahulu setiap aktiviti atau tindakan yang dilakukan. Sememangnya kebajikan itu adalah perkara yang baik dan perlu dicontohi, namun perlu diingat bahawa ‘topeng’ yang dipakai oleh golongan-golongan misionari ini seharusnya dibongkarkan dan disebarkan modus operandinya pada masyarakat umum (Islam) supaya tidak mudah terpengaruh dengan jarum halus yang cuba disuntik oleh musuh-musuh Islam tersebut.

Sumber:  Buku 60 Agama Baru di Malaysia - Ahmad Iqram Mohamad Noor


 

Comments