AWAS DENGAN LAMAN TIKTOK MARIAM HADID YANG MENGHINA ISLAM!!! JANGAN SESEKALI TERPENGARUH DENGAN DAKYAH GOLONGAN MURTAD DAN LIBERAL YANG SEMAKIN BERANI MENGHINA NABI SERTA MEMPERSENDAKAN AGAMA ISLAM DI MEDIA SOSIAL


Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan isu seorang wanita arab yang menggunakan nama Mariam Hadid di laman tiktok nya di mana dia telah mengaku sebagai nabi perempuan pertama dan nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Wanita tersebut turut mendakwa dia telah menaiki keldai terbang ke syurga bertemu dengan Allah SWT sebagai bukti dia telah dilantik sebagai nabi.

Selain itu, kandungan laman tiktok nya juga banyak mempersendakan Islam seperti mengajar bagaimana hendak menjadi nabi DIY, membaca ayat-ayat al-Quran dengan berpakaian yang menjolok mata, menunaikan solat dengan berpakaian ‘ultraman’ dan sebagainya. Alasannya berbuat demikian supaya kononnya Islam perlu mengikut gaya dan trend abad ke-21 terkini dan seharusnya lebih berfikir kehadapan untuk menyelarikan perintah Allah SWT dengan mengikut zaman.

Wanita tersebut turut menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, dia telah memetik satu ayat di dalam surah an-Nisa berkenaan perintah Allah SWT untuk memukul para isteri dan mengasingkan tempat tidur ketika isteri tidak taat pada suami. Menurutnya, Islam itu kejam kerana berlaku ganas terhadap perempuan. Dia turut mempertikaikan perkahwinan hanya dibenarkan empat orang sahaja sedangkan nabi mempunyai sembilan isteri. Oleh sebab itu, Mariam Hadid ini bercadang untuk berkahwin dengan empat orang lelaki atau lebih pada masa hadapan dan mencadangkan supaya Islam lebih terbuka untuk membuat ‘open ralationship’ biarpun sudah kahwin kerana ianya trend terkini dan tidak mahu menampakkan Islam ini sebuah agama yang ketinggalan.    

Perbuatan wanita tersebut yang dianggap sebagai menghina dan mencemarkan nama Islam seharusnya perlu diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan Arab atau negara-negara Islam yang lain sebagai tanda bantahan terhadap perbuatan keji tersebut. Namun, sebaliknya pengikut laman tiktoknya semakin ramai menunjukkan bahawa pemikiran liberal atau puak yang menyokong ideologi hak kebebasan dan hak individu semakin berleluasa walaupun di tanah Arab. 

Pemakaian wanita tersebut yang sentiasa berhijab tetapi tidak menghijabkan dirinya dengan pakaian iman secara tidak langsung telah mencemarkan imej Islam itu sendiri. Baginya hijab tersebut adalah adat di Tanah Arab dan dia sebagai orang Arab selesa berpakain begitu. Pada pendapatnya juga al-Quran tidak sempurna, maka perlu membaca buku ‘Delusion of God’ yang ditulis oleh Richard Dawkins bagi membuka minda dan menyesuaikan diri di abad ke-21 ini.
Sebagai umat Islam, apakah kita hanya berdiam diri dengan perkara tersebut? Sekurang-kurangnya buatlah sesuatu setakat yang mampu biarpun sekecil mana bagi menunjukkan tanda bantahan terhadap perbuatan menghina Islam ini. Kepada mereka yang mempunyai akaun tiktok, boleh mengambil tindakan untuk ‘report’ akaun ini demi kemaslahatan bersama.

Sumber: Akaun Tiktok Mariam Hadid


 

Comments