AWAS DENGAN VIRUS HINA ISLAM YANG SEMAKIN MENJADI-JADI!!! PIHAK KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DEMI MENYELAMATKAN MARUAH ISLAM DAN MEMELIHARA KEAMANAN NEGARA
Baru sahaja sehari kisah Muzil Juling dari Puchong yang menghina Islam sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam, hari ini muncul pula seorang lelaki berloghat Kelantan Siam turut melakukan perbuatan yang sama. Video yang dipercayai dimuat naik di laman sosial miliknya mengulas kejadian Muzil Juling yang dibelasah orang ramai atas asbab menghina Islam dengan mengatakan bahawa:
“…Islam itu pengecut, Islam itu kat punggung aku, semua orang Islam penakut dan berani bila ramai je. Kenapa pergi pukul orang ramai-ramai kalau berani pergilah sorang-sorang, lama dah aku cakap Islam ni jahat. Kau semua macam kera. Orang Islam ada apa je…”
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan trend penghinaan Islam semakin menjadi-jadi di Malaysia dan dikhuatiri sekiranya tiada pembendungan dari pihak kerajaan boleh menggugat perpaduan ummah dan menimbulkan ancaman keselamatan di dalam negara. Undang-undang perlu diperketatkan dan badan yang melaksanakan hukuman perlu tegas dalam isu penghinaan Islam ini tanpa kompromi kerana hanya itu sahaja cara setakat ini untuk menghentikan perbuatan tersebut tersebar di media sosial dan dikhuatiri menimbulkan sentimen yang buruk orang bukan Islam terhadap Islam.
Jika umat Islam masih leka dan terus dibuai mimpi indah tanpa menyedari barah dan virus yang semakin ‘memakan’ umat Islam sendiri, pasti rosaklah minda, hilanglah jati diri dan terpesongnya persepsi yang akhirnya akan melenyapkan kuasa dan maruah Islam. Musuh-musuh Islamyang melancarkan serangan secara halus dan tersusun dengan menyebarkan berita penghinaan Islam perlu dihentikan segera. Jangan sampai negara telah diancam, baru tergesa-gesa untuk mengorak langkah menangkis tentangan mereka. Sedarlah ketika itu kerajaan dan umat Islam sendiri telah terlambat.
Sumber: Facebook Mohd Shafiq Yusof
Comments
Post a Comment