AWAS!!! 'IDUL GHADIR' YANG BID'AH LAGI MUNGKAR JANGAN TERPENGARUH DENGAN SERUAN SYIAH SUPAYA MEMBESARKANNYA KERANA IA ADALAH HARI RAYA PENGANUT SYIAH YANG HARAM DISAMBUT OLEH UMAT ISLAM
Apabila membicarakan berkenaan Syiah, pasti ianya dirujuk kepada golongan yang mengagung-agungkan Saidina Ali dan menganggap beliau adalah pengganti Rasululullah SAW sebagai khalifah. Oleh sebab itu, bagi golongan Syiah, Saidina Abu Bakar dianggap sebagai perampas dan pengkhianat terhadap wasiat Rasulullah SAW.
Bersempena dengan bulan Zulhijjah ini, telah menjadi adat mereka untuk menyambut Hari Raya Ghadir (Idul Ghadir) atau juga dikenali sebagai ‘Idullahu akbar’ dan menyatakan bahawa Hari Raya Ghadir ini memiliki kedudukan yang lebih tinggi di sisi Islam daripada hari raya yang lain. Menurut riwayat Syiah, pada tanggal 18 Zulhijjah, selepas Nabi SAW selesai menunaikan haji yang dikatakan haji terakhir Baginda, semasa perjalan pulangnya dari Mekah ke Madinah, Rasulullah SAW telah singgah di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Pada saat itu, ayat tabligh turun kepada Baginda SAW yang mana Allah SWT memerintahkan supaya mengangkat darjat Saidina Ali AS sebagai wali Allah dan mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa Saidina Ali sebagai wali dan wasi setelah kewafatannya.
Sedangkan pada hadis muktabar, tiada satu pun riwayat yang menyatakan sedemikian, namun manipulasi golongan Syiah kepada masyarakat Islam dunia terhadap perkara ini amat membimbangkan. Bukan itu sahaja, malah Al-Khumaini yang merupakan Imam besar Syiah menyeru dan mengajak umat Syiah serta Sunni untuk menjadikan peristiwa Ghadir ini sebagai hari raya bagi umat Islam.
Para penyokong Syiah di Malaysia juga tidak segan silu lagi untuk menzahirkan pegangan Syiah mereka melalui beberapa laman sosial seperti di laman sosial Facebook ‘Tok Abah’ dan ‘Azuhar Ahmad’. Masing-masing mengucapkan kata selamat terhadap perayaan tersebut dan mengagungkan Saidina Ali. Disebabkan perwatakan mereka seperti ‘orang alim’ dan mempunyai ramai pengikut, dikhuatiri perkara ini mampu menjadi barah yang merebak ke dalam masyarakat Islam Malaysia yang sudah tentunya berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Membenarkan ajaran Syiah seolah-olah membenarkan ‘pencerobohan’ terhadap sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka juga merosakkan nama baik sahabat yang mana sekaligus menyebabkan al-Quran dan semua hadis yang dikumpulkan oleh para ulama ASWJ akan tertolak. Itulah ‘kunci’ kukuh bagi menyatakan bahawa Syiah itu bukannya sebahagian dari Islam malah sesat lagi menyesatkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre, Sinar Harian - Oktober 2021
Comments
Post a Comment