AWAS, SEMAKIN RAMAI PIHAK YANG TAMPIL MENGHINA ISLAM!!! BERSATULAH UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM DAN BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPI PROVOKASI GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM (GOLONGAN MURTAD, LIBERAL, ATEIS DAN SEKULAR)
Rentetan daripada dua isu penghinaan Islam yang hangat satu dua hari ini, terdapat seorang lagi individu yang sudah sememangnya terkenal di sosial media terutamanya Facebook kerana telah mengisytiharkan secara terbuka status kemurtadannya dari seorang Melayu Islam. Beliau turut mengeluarkan kenyataan memerli dan memprovokasi umat Islam yang lain.
Pemilik Facebook Sharifah Farl atau lebih dikenali sebagai Kak Mey dilihat telah mengeluarkan status provokasi dan perli seperti berikut: “buat video maki hamun agama ‘ganas’ tu buat apa? Kalau betul tak puas hati dengan agama tu, buka kitab dorg. Situ ada macam-macam untuk kau persoalkan pada dorg. Kat situ kau boleh ‘londehkan’ semua. Lagi best, boleh tengok akal dorang. Ilmu pun kita dapat…”
Berdasarkan kenyataan tersebut, Kak Mey boleh dikatakan dalam proses mempengaruhi pemikiran orang ramai supaya melakukan penghinaan terhadap Islam dengan cara mempersoalkan ayat-ayat al-Quran dan menguji kefahaman umat Islam terhadap agama dan sumber pegangan umat Islam (al-Quran dan as-Sunnah). Ia memberi gambaran seolah-olah cara yang dilakukan olehnya adalah lebih baik daripada memaki hamun di sosial media yang dilakukan oleh umat Islam yang marah atas penghinaan terhadap Islam tersebut.
Persoalannya, mengapa perkara ini seolah-olah seperti tiada kesudahan, malah semakin menjadi-jadi di Malaysia? Adakah wujud konspirasi daripada parti-parti politik tertentu, pertubuhan-pertubuhan dalam negara atau antarabangsa sama ada misionari-misionari agama lain atau golongan-golongan berfahaman Islam liberal, golongan murtad, ateis atau golongan sekular yang membenci Islam? Atau apakah mereka cuba membuat provokasi terhadap umat Islam melalui pihak-pihak ‘berkepentingan’ seperti yang berlaku pada Muzil Juling dan Mat Pet Kelantan dengan cara menghina Islam?
Sekiranya benar perkara tersebut yang berlaku, maka umat Islam harus bersiap siaga untuk memantapkan ilmu di dada dan memegang utuh akidah Islam untuk menangkis dakyah-dakyah halus musuh Islam tersebut. Berlawan bukan hanya melalui peperangan, tetapi boleh juga menggunakan keimanan dan ilmu yang ada. Nabi Muhammad SAW juga mengajar umatnya supaya tidak mengangkat senjata atau mengakibatkan pergaduhan selagi tidak diserang oleh musuh Islam. Berjihad itu bukan hanya melalui peperangan, jihad melawan hawa nafsu juga dikira jihad yang paling besar. Jika ada pihak yang cuba menghina dan mencaci maki Islam, maka hendaklah ditangani dengan sebaik mungkin. Tunjukkan adab dan perilaku sebagai seorang yang beragama Islam dengan penuh hikmah dan tertib kerana mungkin dengan cara ‘dakwah lembut’ tersebut boleh mencairkan hati yang keras.
Justeru itu, seluruh umat Islam perlu bangkit bersatu untuk menunjukkan kekuatan dan kebersamaan dalam menjaga nama baik agama dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW bagi menentang penghinaan berterusan oleh musuh Islam terhadap agama dan umat Islam.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre
Comments
Post a Comment