BERWASPADALAH DENGAN GERAKAN MISIONARI PUAK KRISTIAN EVANGELIS!!! MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI LICIK DAN TIPU HELAH UNTUK MEMURTADKAN ORANG MELAYU ISLAM

 

Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang murtad dari agama Islam lalu menganut agama Kristian tanpa segan silu mengumumkan  kemurtadannya dan secara terang-terangan berani mengajak orang-orang Melayu yang lain untuk turut murtad. Antara orang Melayu Islam yang mengaku murtad secara terang-terang termasuklah Lina Joy, Nor Aishah Bukhori, Jamaluddin Othman dan Hilmi Moh Nor. 

Namun kini, keadaannya agak berbeza daripada sebelumnya kerana walaupun terdapat orang Melayu yang murtad dan menganut agama Kristian tetapi mereka cuba merahsiakan anutan agama baru mereka daripada pengetahuan orang ramai. Mereka sanggup berpura-pura seolah-olah masih beragama Islam dan yang lebih membimbangkan kini kerana bilangan orang Melayu yang murtad dan memeluk agama Kristian semakin ramai.

Sebagai bukti, dalam sebuah kajian yang dilakukan di sebuah universiti berasaskan Kristian di Amerika Syarikat yang cuba mengenalpasti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian. Dalam kajian tersebut, orang Melayu murtad telah ditemubual dan mereka mendapati bahawa:
i. Sama ada di luar mahupun di dalam rumah Melayu Kristian ini tidak ada sebarang tanda salib diletakkan
ii. Mereka mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di depan orang
iii. Mereka masih menzahirkan ibadat islam seperti solat di masjid, berpuasa di bulan Ramadhan dll
iv. Tidak meletakkan sebarang tanda seperti bahan bacaan Kristian di mana-mana ruang di rumah dan sebagainya.

Kesemua ciri-ciri di atas adalah bertujuan untuk merahsiakan kemurtadan mereka daripada diketahui oleh kaum keluarga atau sahabat handai. Jika berlaku kematian, pihak gereja akan membiarkan pengurusan mayat mereka diuruskan dengan cara Islam tanpa berebut untuk menuntut kerana tidak mahu membongkarkan identiti orang yang murtad tersebut.

Moga dengan pendedahan ini dapat menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati dengan tipu helah jahat puak-puak Kristian evangelis ini yang kelihatan semakin agresif untuk memurtadkan orang Melayu Islam meskipun secara tersembunyi. Bentengkan diri dengan iman  dan akidah yang benar, moga dijauhi dari perkara-perakara yang boleh memesongkan.

Sumber: akarimowar.wordpress.com


Comments