ISLAM LIBERAL YANG SESAT DAN MENYESATKAN!!! CUBA MENGUBAH TAFSIRAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGHALALKAN PERBUATAN HOMOSEKSUAL KERANA MENDAKWA AL-QURAN TAFSIRAN ULAMA TERDAHULU ADALAH SALAH DAN JUMUD

 

Beberapa penulis di laman web Islam liberal Indonesia, Khoirul Anwar dan Khoirul Anam secara terang menyebut bahawa tiada satupun ayat dalam al-Quran yang secara terang dan nyata yang menolak LGBT, mahupun yang menerimanya. Maka, menurut penulis tersebut, setiap orang bebas mengemukakan tafsiran masing-masing.


Hal ini pastinya bercanggah dengan firman Allah SWT yang secara jelas menempelak umat Nabi Luth A.S yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki seperti dalam Surah al-Syu’ara, ayat 165-166 yang bermaksud: 

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia.(165) Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!" (166).


Sebahagian mereka berhujah bahawa yang diharamkan ialah hubungan seks secara paksa (non-consensual sex), dan bukannya perilaku homoseksual itu sendiri, berdasarkan perlakuan rakus kaum Nabi Luth yang mendesak Baginda menyerahkan dua tetamu tampan (yang sebenarnya malaikat utusan Allah SWT) untuk memenuhi nafsu songsang mereka. Namun hujahan mereka ini jelas ditolak melalui ayat ini yang secara terang menempelak perlakuan homoseksual itu sendiri.


Lebih menghairankan, mereka turut menjadikan riwayat-riwayat sejarah tentang adanya pemimpin kerajaan Muslim yang berorientasi homoseksual dan kewujudan syair-syair Arab yang berunsur homoseksual sebagai dalil bahawa LGBT itu merupakan sebahagian ciptaan Allah SWT yang mesti dipertahankan kewujudan mereka atas dasar kepelbagaian.


Menurut Dr. Khalif Muammar, Penyelaras Akademik, Centre for Advanced Studies on Islam, UTM, ijtihad telah dijadikan alasan dalam mengeluarkan pendapat-pendapat baru yang kelihatannya amat jauh daripada kefahaman muktabar. Golongan Islam liberal berusaha untuk mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan keadaan manusia. Perbuatan memahami teks wahyu dalam kerangka duniawi, adalah bersalahan dengan sikap Muslim yang sepatutnya terhadap wahyu. Muslim sepatutnya menurut panduan wahyu sepenuhnya, bukan berusaha mengubah fahaman wahyu agar selaras dengan perspektif manusiawi dan duniawi. 


Sumber: Khalif Muammar (2006), "Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal", Akademik Kajian Ketamadunan, Selangor.


Comments