ISU MENGHINA ISLAM OLEH MUZIL JULING!!! TUTUR KATA YANG MENGHINA AGAMA MEMBAWA KEMURTADAN DAN KEBIADABANNYA MENIMBULKAN API KEMARAHAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI JADIKAN SATU PENGAJARAN DAN PERINGATAN
Baru sahaja kecoh di sosial media berkenaan seorang pemuda Islam yang dikenali dengan julukan nama ‘MuzilJuling’ dari Puchong telah dibelasah oleh masyarakat awam akibat dari tindakannya yang menghina Islam. Individu tersebut yang telah memuat naikkan sebuah video di laman sosial miliknya dengan bongkaknya telah mengucapkan “Melayu B**, Nabi Muhammad Kambing B*, Allah B*, Islam Celaka S**”
Bukan itu sahaja, malah Muzil Juling yang dikatakan merupakan seorang anak guru besar sebuah sekolah agama telah mencabar kepada semua masyarakat Islam termasuk NGO Islam seperti Semboyan untuk terus membunuhnya jika umat Islam berani selepas dia mengeluarkan kenyataan tersebut.
Rentetan daripada kenyataan tersebut, berlakunya sedikit kekecohan apabila beberapa orang penduduk Islam yang prihatin dan merasa marah bertindak menyerang Muzil Juling di rumahnya. Sementara di media sosial pula, dipenuhi dengan kata-kata kesat, kutukan, cacian terhadap Muzil Juling kerana marahkan atas kata-kata menghina agama yang diucapkan oleh beliau. Malah tidak kurang juga ucapan-ucapan yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secepatnya ke atas beliau.
Secara jelasnya, Ulamak Mazhab Syafie telah mentakrifkan murtad sebagai satu azam untuk memutuskan Islam dengan niat, ungkapan, perbuatan yang memberi maksud kufur dan keluar daripada Islam. Malah ia disokong oleh Mazhab Hanafi yang mentakrifkan murtad sebagai perbuatan dan percakapan kufur yang dilakukan oleh seseorang Muslim secara sukarela walaupun dengan gurauan.
Akidah seseorang itu akan terbatal antaranya apabila mengungkapkan perkataan yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sama ada ia dilakukan secara serius atau gurau. Dalam isu ini secara jelas, Muzil Juling tersebut telah melanggar syariat yang ditetapkan dalam Islam dan ianya khuatir boleh jatuh murtad.
Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi dosanya amat besar di sisi Allah SWT. Oleh kerana itu, berhati-hatilah dan jangan main-main dengan agama sama ada dari segi perbuatan mahupun perkataan kerana agama Islam ini ada pemiliknya iaitu Allah SWT. Justeru itu, jauhkanlah diri dari perbuatan menistakan Islam dan ambillah pengajaran daripada isu ini supaya kita tidak melanggar syariatNya.
Sumber: Harakah daily dan Dewan Masjid Digital Indonesia.
Comments
Post a Comment