MENGHINA ISLAM DENGAN MEMPERTIKAIKAN AMALAN KORBAN DAN MENGATAKAN BAHAWA ALLAH SAKIT OTAK SERTA TENAT - CEGAH ATEIS SEBELUM PARAH!!!

 

Blog yang diasaskan oleh seorang individu yang mengakui dirinya bekas Muslim (murtad) dengan julukan nama ‘abuyusufmalizi.blogspot.com’ sangat menarik perhatian kerana ia berkaitan dengan isu bukan sahaja fahaman ateis bahkan keceluparannya menghina Islam secara terang-terangan. Individu yang berasal dari Kota Bharu itu menulis dalam blognya untuk memberitahu pada khalayak umum bahawa dia tidak mempunyai agama kerana ketidakpercayaannya kepada Tuhan.

Bersempena dengan hari raya aidiladha baru-baru ini, individu tersebut secara terbuka dan biadab menghina Islam dengan menyatakan bahawa Allah itu adalah Tuhan yang sakit otak dan tenat.  Dalam blognya, beliau juga nempersoalkan kenapa Allah itu ingin menguji Nabi Ibrahim lalu memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail pada tanggal 10 Zulhijjah? Menurutnya lagi, aidiladha itu juga sebenarnya tidak wujud, malah ianya hanyalah perayaan yang berasal dari Timur Tengah dan rekaan orang-orang Arab semata.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa orang di Nusantara termasuklah di Malaysia terikut-ikut dengan tradisi tersebut dek kerana nenek moyang Nusantara terdahulu telah menganut agama dari Timur Tengah. Oleh sebab itu ia telah menjadi tradisi orang Nusantara Islam sehingga kini. 

Secara jujurnya, tulisan individu ateis ini sangat berani, biadap dan melampaui batas kerana bukan sahaja dengan bangga mengaku dirinya adalah ateis, malah berani pula mempertikaikan secara terbuka tentang ibadah suci umat Islam itu. Keadaan ini memperlihatkan bahawa masyarakat Islam kita sudah tenat dan memerlukan tindakan segera untuk mencegahnya sebelum menjadi lebih parah. Segala persoalan berkenaan agama, berkenaan ketuhanan dan berkenaan akidah dijustifikasikan melalui akal sahaja. Sehingga pemahaman mereka itu menyebabkan mereka tidak mempercayai kewujudan Allah dan akhirnya murtad dari Islam.

Justeru itu, siapa yang harus dipersalahkan? Diri sendiri, keluarga dan negara perlu mengambil cakna isu permasalahan ini sebaiknya bagi membendung perkara ini dari terus berlaku. Selamatkan lah akidah anak-anak muda Islam kerana mereka lah pemimpin pada masa akan datang yang bakal mempertahankan Islam.

Sumber: abuyusufmalizi.blogspot.com



Comments