SASARAN PENGIKUT SYIAH 285 JUTA TAHUN 2030??? BERSAMALAH MEMBANTERAS PENGARUH SYIAH AGAR PROPAGANDA TERSEBUT TIDAK MENJADI SATU KENYATAAN

 

Kemajuan teknologi serta sistem perhubungan telah menjadikan autoriti pemimpin gerakan Syiah ke atas pengikutnya semakin meluas sehingga memudahkan pergerakan dan pemusatan ahlinya di seluruh dunia. Kemudahan ini membolehkan penganut Syiah mendapatkan rujukan dan bersoal jawab dengan pakar perundangan Syiah di Najaf, Karbala dan Qum tanpa perlu bersemuka.

Namun, perlu diingat bahawa gerakan Syiah kini semakin radikal dan dinamik sehingga peranan mereka dalam politik antarabangsa semakin signifikan. Hal ini lebih ketara dengan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dimana ia merupakan percikan ketegangan antara pengikut Sunni dan Syiah sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan nyawa.

Menurut hasil kajian, kumpulan Syiah mensasarkan jumlah pengikut Syiah di seluruh dunia dijangka menjangkau antara 219 juta sehingga 285 juta pada tahun 2030 dan akan membentuk 10-13 peratus dari jumlah Muslim sedunia, yakni antara 162 dan 211 juta adalah pengikut Syiah. Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Asia Times, jumlah pengikut Syiah di Asia Tenggara dijangka akan meningkat  kepada 3-4 juta orang. 

Meskipun kenyataan ini berupa propaganda, namun ianya masih terdapat andaian yang tidak boleh dipandang remeh berikutan dengan melihat kepada strategi yang sedang diperhebatkan oleh kumpulan Syiah untuk mencapai sasaran tersebut melalui berbagai kaedah termasuklah melalui media sosial.

Laporan di Asia Times tersebut menegaskan bahawa Indonesia merupakan negara yang memiliki populasi umat Islam tertinggi di dunia dan sangat berpotensi untuk menjadi pusat penyebaran Syiah di Asia Tenggara. Kenyataan ini dikuatkan dengan mengambil kira situasi politik pasca zaman Suharto, gerakan Syiah di Indonesia mendapat ruang yang selesa untuk bergerak dalam iklim politik yang liberal. 

Meskipun Malaysia tidak disenaraikan sebagai negara yang disasarkan untuk  menambah perangkaan pengikut Syiah tahun 2030 (kerana mereka hanya meletakkan negara Indonesia sahaja), namun sasaran di Indonesia itu sebenarnya akan termasuk negara Malaysia, Thailand dan lain-lain negara berdekatan kerana negara lain tersebut adalah negara yang mempunyai penduduk Islam yang berada dalam rumpun yang sama. 

Buktinya kini sudah banyak markas Syiah yang didirikan di negara ini dan pengaruh Syiah di institusi-institusi pengajian tinggi dan di kalangan generasi muda semakin menjadi-jadi akibat kelemahan akidah dan fahaman agama. Malah, komunikasi terbuka serta konsisten yang digerakkan oleh pengikut Syiah menggunakan medium media sosial akan merancakkan lagi pengaruh Syiah untuk menambah populasi pengikut mereka di Malaysia sekiranya tidak diambil cakna oleh pihak-pihak yang berwajib.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Bil. 10, Isu II, 2017


Comments