"SERUAN JIHAD" GOLONGAN LIBERAL YANG SESAT!!! MENGAJAK UMAT ISLAM MEMBEBASKAN DIRI DARI PAKSAAN DAN KEKANGAN AGAMA (BERJIHAD???) BERHATI-HATILAH


Dalam perspektif golongan berfahaman liberal, agama dilihat sebagai hak peribadi dan oleh yang demikian orang lain tidak boleh menentukannya. Konsep baik dan buruk dinilai berdasarkan pendapat individu, pendapat masyarakat tidak lagi menjadi teras pegangan. 

Sedikit demi sedikit, fahaman liberal berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang menuntut kesamarataan jantina, perkahwinan sesama jantina, menolak pendapat ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam dengan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati. Hal ini termasuk golongan LGBT yang secara terang-terang menukar jantina mereka kononnya atas prinsip kebebasan individu.

Golongan liberalisme juga secara terang-terangan melaungkan mengenai hak kebebasan individu, kebebasan mutlak, mencabar undang-undang syariah, selain mempertikaikan peraturan Islam, peruntukan dan kuasa mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama secara terbuka di media sosial. 

Sebagai contoh pengguna laman Facebook ‘Khashoggi Zulkifli’ telah mengeluarkan komen berbentuk hasutan kepada masyarakat dengan menyatakan “Jihad pembebasan dari paksaan dan kekangan agama”. Melalui kenyataan tersebut dan posting-posting lamanya, dia secara jelas dilihat sering menentang Islam dengan menyeru kepada orang ramai untuk memperjuangkan hak kebebasan beragama. Dia juga menyatakan bahawa rakyat negara ini seolah-olah dipaksa untuk kekal dalam Islam dan menindas golongan yang keluar dari agama Islam. 

Perkara ini menunjukkan bahawa prinsip liberalisme turut berkembang dalam pemikiran umat Islam sehingga akhirnya pegangan tradisi tentang agama turut berubah. Walaupun perkembangan Islam liberal di Malaysia masih terkawal dan tidaklah sehebat di Indonesia melalui bentuk-bentuk pertubuhan dan organisasi, namun pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu bertindak tegas menghadapi ancaman fahaman liberal ini dari terus merebak dan mengeruhkan keharmonian.

Tindakan proaktif melalui pewujudan undang-undang untuk dipakai kepada semua golongan masyarakat termasuklah mereka dalam kelompok politik, ahli professional, T20 mahupun golongan bawahan sekalipun perlulah dijalankan tanpa ada diskriminasi. Pewartaan fatwa yang berkaitan serta mempertingkatkan tindakan penguatkuasaaan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat seumpama ini.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre, Metro Harian


 

Comments