AWAS DENGAN TAKTIK HALUS SYIAH!!! MEMBUAT LAGU YANG KHUSUS DAN 'TRENDING' UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN IMAM MAHDI BAGI MENARIK UMAT ISLAM TERUTAMA GOLONGAN MUDA KEPADA AJARAN SYIAH

 

Sudah acap kali diwar-warkan bahawa Syiah itu bukanlah sebahagian daripada Islam, malah ianya adalah ajaran sesat yang jelas terpesong dari ajaran Islamyang sebenar. Namun, mengapa masih ada lagi pihak-pihak terutamanya masyarakat Islam di Malaysia taksub dengan ajaran Syiah. Lagi pula, walaupun penulis sudah banyak kali dedahkan akaun-akaun pengguna media sosial yang terlibat, namun mengapa masih tiada tindakan atau tahap pencegahan oleh pihak-pihak berwajib?

Sebagai contoh pengguna laman Facebook ‘Ali Timur’ yang dilihat telah menyebarkan propaganda-propaganda dan ideologi-ideologi yang berkaitan Syiah kepada masyarakat umum. Dalam salah satu ‘postingnya’ menyatakan bahawa Saidina Ali RA adalah pemimpin kaum mukminin selepas junjungan besar Rasulullah SAW dan ianya dibuktikan melalui wahyu bukannya pemimpin atas undian manusia. Bukan itu sahaja, beliau malah menyatakan bahawa Saidina Ali RA juga adalah setaraf dengan Rasulullah SAW. 

Pada masa yang sama, Ali Timur juga didapati telah memuat naik satu video lagu yang mana lirik dan melodinya telah diarahkan oleh imam besar Syiah iaitu al-Khumaini supaya dijadikan inspirasi kepada pengikut Syiah bagi menyambut kedatangan Imam Mahdi tidak lama lagi. Taktik halus penyebaran ideologi menerusi lagu yang sedap didengar dan menjadi halwa telinga bertujuan untuk menarik minat anak-anak muda untuk sama-sama menyokong Syiah.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut jelas sekali tidak menepati apa yang diajarkan oleh Islam. Kenyataan yang mengatakan Saidina Ali RA adalah setaraf Rasulullah SAW juga secara jelasnya sudah salah, wahyu Allah berkenaan pelantikan Saidina Ali sebagai pemimpin selepas kewafatan Rasulullah SAW pun tidak benar, mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW pun sudah ternyata jauh terpesong, malah nyanyian untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi pun adalah sangat karut. Jadi, bukti apa lagi yang dimahukan untuk membuktikan bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat dan bukan sebahagian daripada agama Islam? 

Justeru itu, artikel ini ditulis bukan semata ingin mendedahkan aktiviti-aktiviti sesat dan songsang sesuatu golongan terutamanya golongan Syiah ini, tetapi ianya adalah seiring untuk memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang beragama Islam supaya berhati-hati dalam menerima apa-apa ilmu luar daripada normalisasi yang disampaikan di ceramah-ceramah agama awam. Bukannya tidak boleh untuk menimba ilmu yang baru, tetapi biarlah ilmu atau penyampai ilmu tersebut mempunyai autoriti dan kredibiliti supaya kita berada di landasan yang benar dan seterusnya dapat memelihara akidah sehingga akhir hayat.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – 17 OGOS 2022


Comments