AWAS!!! KESESATAN FAROUK PERU (MELALUI LAMAN WEB "WACANA PEMIKIR - MEMBUKA MINDA NUSANTARA") MENYEBARKAN KESESATAN YANG MELAMPAU KERANA HANYA MAHU BERPEGANG KEPADA AL-QURAN SEMATA-MATA DAN MENTAFSIR AL-QURAN MENGIKUT AKAL

 


‘Wacana Pemikir - Membuka Minda Nusantara’ merupakan sebuah laman web yang secara terang lagi bersuluh melontarkan idea-idea sesat berkenaan fahaman yang hanya mengiktiraf al-Quran sebagai satu-satunya sumber di dalam Islam. Penulis laman web tersebut yang menggunakan nama pena ‘Farouk Peru’ dalam ‘posting’ terbarunya pada 27 JULAI 2022 secara jelasnya mengakui bahawa dia seorang Quranis.


Dalam ‘posting’ terbarunya yang bertajuk “al-Quran- Satu Pernilaian Semula (Bhg 2- Menerokai Dunia Quranis) turut menempelak dirinya ketika menjadi seorang yang berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana terpaksa menjadi ‘pak turut’ dengan mengikut pandangan atau apa-apa perkara yang diijtihadkan oleh para ulama ASWJ. 


Sedangkan menurut pendapatnya, dalam dunia Quranisme tiada siapa yang memegang autoriti untuk menentukan sesuatu hukum atau ijtihad terhadap sesuatu perkara. Bagi golongan Quranisme, setiap mereka mempunyai autoriti untuk mentafsirkan ayat al-Quran menurut pandangan peribadi kononya ianya selari dengan falsafah al-Quran di mana kita perlu bertanggungjawab ke atas segala ikutan kita.


Penulis tersebut turut menyampaikan bahawa tindakannya bertuhankan al-Quran memberikannya kesedaran tentang penipuan terhadap dakwah Islam yang ada pada hari ini oleh para ulama ASWJ yang telah memesongkan tafsiran ayat al-Quran. ‘Farouk Peru’ turut mendakwa bahawa selama berpegang kepada fahaman Quranisime semenjak 1996, terdapat penemuan terbaru yang boleh membawa kepada satu ajaran baru yang jauh lebih tepat. 


Berdasarkan huraian-huraian tersebut, fahaman Quranisme ini secara tidak langsung mula mendapat tempat di dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Penelitian terhadap isi kandungan laman web yang dikendalikan oleh ‘Farouk Peru’ tersebut, didapati terdapat jaringan sosial yang berlaku dengan golongan Quranis di seluruh dunia telah berlaku dengan meluas semenjak dahulu lagi. Sekiranya pada ketika artikel tersebut di tulis iaitu pada JULAI 2022 tampaknya ditulis secara terbuka dan tanpa berselindung, ini menunjukkan tiadanya sekatan dibuat terhadap fahaman sesat ini.


Pihak berwajib seharusnya perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia adalah ajaran sesat yang boleh menjejaskan akidah umat Islam terutamanya di Malaysia. Perkara ini telah berlaku semenjak 90an lagi, namun mengapa tiada tindakan dibuat untuk menyekat fahaman ini? Adakah ada agenda atau konspirasi disebaliknya? mengapa pihak berwajib masih mendiamkan diri dalam isu sensitif yang melibatkan umat Islam? 


Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre , wacanapemikir.org

Comments