BAHAYA AJARAN SESAT HADI MINALAH!! AJARAN YANG PENUH DENGAN KESESATAN TERMASUKLAH KONSEP WAHDATUL WUJUD, PLURALISME AGAMA, MENOLAK HADIS YANG JELAS TERPESONG DARI AKIDAH ISLAM

 



Ajaran sesat Nur Mutiara Makrifatullah yang berasal dari negara Indonesia telah diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo@Hadi Minallah Aminnullah. Ajaran sesat ini kini didapati telah aktif di sekitar Kuala Lumpur, Kajang dan Johor dengan menyebar luaskan ideologi berkenaan Nur Muhammad. Salah seorang tok gurunya menyatakan bahawa “Nur Muhammad inilah sebagai awal penciptaan seluruh alam termasuklah diri kita, termasuklah ruh, jadi kita ini adalah satu dengan Nabi Muhammad SAW”.


Selain itu, ideologi mereka turut dilihat mengamalkan konsep fahaman pluralisme agama dengan mendakwa bahawa Tuhan tidak melihat agama seseorang individu tersebut, tetapi Tuhan melihat kebaikannya, malah tok gurunya turut menyatakan bahawa Tuhan lebih suka orang yang tidak Islam tetapi berbuat baik.


Bukan itu sahaja, malah ajaran ini turut menolak hadis Nabi dan hanya berpegang teguh pada ayat-ayat al-Quran. Fahaman makrifatnya juga dilihat amat terpesong dengan menyatakan bahawa hukum makrifat ditafsirkan sebagai menyembah Allah itu syirik, tidak menyembah Allah itu kafir, Allah tidak mempunyai nama dan zat Allah itu adalah Muhammad. 


Antara ajaran lain yang dibawa ialah wahdatul wujud, menganggap diri wali besar, menyeleweng tafsiran al-Quran, mengharamkan makan daging, mewajibkan pengikut membayar zakat diri kepada tok guru bagi menyucikan diri. Setiap pertemuan di markas sama ada di rumah, hutan mahupun di dalam gua mempunyai temanya tersendiri iaitu perlu berpakaian putih dan beserban.


Ajaran ini yang telah mendapat perhatian JAKIM ternyata memperlihatkan bahawa ajaran tersebut adalah sesat dan jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Justeru itu, orang ramai perlulah berwaspada supaya tidak terpengaruh dengan kumpulan tersebut yang aktif menyebarkan ideologinya terutamanya melalui siaran langsung di akaun youtube bernama Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah. Samalah-samalah membanteras gejala ajaran sesat ini agar agama Islam terpelihara hingga ke akhir zaman.


Sumber: Facebook Akademi Penyelidikan Agama Dunia dan Berita RTM – 3 Ogos 2022

Comments