BAHAYA PEMIKIRAN LIBERAL ULIL ABSAR ABDALLA!!! MENYEBARKAN FAHAMAN SESAT KERANA CUBA MENTAFSIRKAN SEMULA AL-QURAN DEMI MENEGAKKAN HAK KEBEBASAN MENGIKUT FAHAMAN LIBERAL BARAT BERHATI-HATILAH!!!
Ulil Absar Abdalla adalah seorang tokoh Islam Liberal dari Jawa Tengah, Indonesia yang kini banyak membuat kenyataan dan 'posting' di media sosial. Beliau banyak membuat 'posting-posting' yang berupa kenyataan dan video ceramah berdasarkan pemikiran liberalnya yang kontroversi kerana bercanggah dengan ajaran Islam. Namun, 'posting-postingnya' di media sosial semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya di Indonesia. Di negara kita, jumlah pengunjung di laman sosialnya juga dilihat semakin ramai. Dalam postingnya di media sosial, beliau menyatakan bahawa gerakan Islam liberal muncul untuk menjadi neraca bagi menyeimbangkan wacana kewajipan dan kebebasan dalam Islam. Hal ini kerana menurut beliau diskusi berkenaan Islam terlalu dipenuhi dan didominasi oleh subjek fiqh yang mana lebih memberi penekanan pada soal kewajipan dan halal haram sahaja sehingga mengecilkan ruang bagi perbincangan tentang hak asasi dan kebebasan.
Bukan itu sahaja, beliau malah menyanggah konsep penciptaan manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Hal ini kerana konsep ini dianggap memberikan konotasi bahawa manusia dan Tuhan itu adalah berseteru antara satu sama lain, maka manusia mesti ditundukkan. Beliau menyatakan bahawa tujuan tertinggi penurunan agama ialah bagi mengangkat martabat kemanusiaan, kerana fokus pertama dalam agama ialah manusia itu sendiri, bukan semata-mata Tuhan.
Oleh itu, beliau yang berfahaman liberal ini mengkategorikan dua golongan pemikiran Islam sebagai musuhya iaitu pemikiran konservatif agama dan pemikiran fundamentalisme. Menurut beliau, konservatif agama yang dimaksudkan adalah suatu pemahaman sempit terhadap agama yang selalu skeptik dan menolak sebarang pembaharuan, manakala fundamentalisme ialah satu sikap pemaksaan pandangan terhadap kelompok lain dengan cara kekerasan.
Menurut beliau, kedua-dua golongan iaitu konservatif agama dan fundamentalisme agama ini dianggap sebagai ‘antitesis’ kepada gerakan Islam liberal yang amat menitikberatkan kepelbagaian pandangan, pembukaan pintu ijtihad, hak asasi manusia, kebebasan dan lain-lain nilai yang menjadi rukun kepada aliran liberal. Kononnya fahaman Islam liberal ini adalah untuk membebaskan umat Islam daripada dibelenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama tersebut.
Kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh tokoh Islam liberal Indonesia ini ternyata sangat bahaya kerana bercanggah dengan fahaman Islam yang sebenar dan ternyata akidahnya jauh terpesong. Ini kerana pemahaman Islam dan Al-Quran cuba ditafsir menggunakan akal dan mengikut pemahaman liberal Barat yang menyesatkan. Oleh sebab itu mereka sebenarnya tidak boleh dipanggil sebagai seorang Islam kerana ‘pemujaan’ yang terlampau terhadap hak kebebasan Barat sehingga menempelak ajaran agama dan suruhan Allah itu sendiri. Jadi mengapa harus terikut dengan ajaran sesat yang menggunakan nama Islam sebagai topeng demi menegakkan ajaran liberal Barat yang ternyata sudah jauh terpesong dari ajaran Islam yang benar?
Sumber: al-Bayan, Siri 12 – SS Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri
Comments
Post a Comment