BAHAYA PEMIKIRAN SESAT ATEIS!!! MENDAKWA TUHAN TIDAK WUJUD SEBALIKNYA SEMUA KEJADIAN DI ALAM INI ADALAH FENOMENA SAINS BERDASARKAN BUKTI YANG KUKUH DARIPADA PENEMUAN PARA SAINTIS
Kewujudan Bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai tunjang utama pembentukan masyarakat semenjak wujudnya Tanah Melayu adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan. Namun, apabila masa kini terbongkar kewujudan golongan orang Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam, malah mengaku dirinya tidak mempercayai Tuhan, maka perkara ini telah melanggar normalisasi sebagai seorang rakyat Malaysia.
Sebagai contoh dalam sebuah laman Facebook ‘Suhaimi Sharif Amy’ telah memuat naikkan sebuah video puisi beserta status “semua kebencian dan keganasan lahir dari penunggang agama yang sibuk ambil alih jawatan Tuhan demi mengekalkan kekuasaan, memanipulasikan fikiran manusia agar akur dan percaya buta tuli sedangkan dunia dah aman, sibuk nak bermusuhan”.
Video tersebut turut mempengaruhi umat Islam supaya lebih mempercayai sains kerana ia dikatakan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kajian-kajian para saintis. Agama Islam pula dianggap sebagai kepercayaan yang hanya ingin mengawal dan mengongkong kehidupan manusia. Perkara ini boleh dianggap sebagai salah satu bentuk penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan. Ia merupakan satu amaran keras kepada pihak-pihak berwajib dan seluruh umat Islam bahawa golongan ateis ini semakin melampau dalam mempengaruhi masyarakat Islam yang lain.
Sedangkan bukti agama yang benar iaitu agama Islam itu telah lama wujud di dalam kitab suci al-Quran yang disokong pula oleh hadis-hadis nabi yang diriwayatkan secara muktabar iaitu sampai peringkat mustahil untuk ditipu. Buat kajian sebaiknya, lapangkan dada untuk menerima ilmu yang benar, jangan ada keraguan kerana jika ada sedikit keraguan itulah yang boleh membolak-balikkan hati-hati mereka yang sememangnya tidak berlapang dada menerima Islam.
Sumber: Unit penyelidikan al-Haq Centre
Comments
Post a Comment