GOLONGAN ATEIS YANG SOMBONG LAGI JAHIL!!! 'MEMPERBODOHKAN' DIRI SENDIRI DENGAN MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN SEDANGKAN IA MERUPAKAN FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA
Sebahagian pengkaji berpendapat zaman awal kegemilangan pemikiran ateisme ialah ketika zaman Renaissance atau lebih tepatnya pada abad ke-18. Ketika itu ramai yang bangga mengisytiharkan dirinya sebagai ateis.
Perjuangan pemikiran ateisme adalah sekadar bersandarkan rasional yang dipaksakan kepada pengikut mereka agar menerimanya dan menganutinya. Antara dakwaan ateisme yang masyhur ialah:
i- Kewujudan Tuhan tidak memenuhi sebagai satu kewujudan
ii- Kekuasaan Tuhan yang dianggap paradoks
iii- Teori pragmatisme
iv- Ketidaksinambungan Tuhan bagi seluruh agama di dunia
v- Masalah kesengsaraan di atas bumi
Dalam sebuah kajian membabitkan 50,000 peserta dari 57 negara juga mendapati rakyat di beberapa negara Islam yang dianggap konservatif dan kuat beragama sudah ramai dan berani mengakui mereka adalah ateis. Angka ini seharusnya menjadi salah satu amaran awal kepada negara dan umat Islam bahawa sebenarnya fahaman ateis ini bukanlah sekadar ancaman biasa.
Kepercayaan kepada kewujudan Tuhan adalah perkara yang diterima secara fitrah semulajadi dan menjadi perkara daruri memandangkan hampir seluruh manusia di dunia adalah beragama. Fenomena ini disimpulkan oleh ahli sejarah bahawa tidak pernah terdapat sebuah bandar pun tanpa adanya rumah ibadat. Hal ini bermaksud, semua agama menyeru kepada Tuhan, walaupun setiap agama itu berbeza tentang konsep ketuhanan masing-masing.
Maka golongan ateis yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan adalah tidak mewakili gagasan pemikiran terbesar manusia sejagat yang mempercayai kewujudan Tuhan. Malah penentangan serta penolakan golongan ateis terhadap Tuhan menunjukkan bahawa mereka sebenarnya percaya kepada Tuhan dan merasa sangat tergugat dengan kepercayaan ateisme yang mereka anuti.
Namun, golongan ateis sengaja mencari-cari alasan untuk hidup bebas dan tidak terikat dengan kepercayaan agama kerana mungkin didorong oleh faktor atau sebab tertentu seperti kejahilan dan kesombongan. Mereka cuba meyakini hujah-hujah ketiadaan Tuhan walaupun sukar diterima oleh akal mereka sendiri.
Sumber: Ustaz Hafiz Za’ farani - Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)
Comments
Post a Comment