MEMFITNAH DAN MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM LAIN YANG TIDAK SEHALUAN ADALAH ANTARA BUKTI KESESATAN HIZBUT TAHRIR MENGAPA MENYOKONG PERJUANGAN MEREKA?

 

Dalam perjuangan politik, kumpulan Hizbut Tahrir nyata terserlah dengan kegiatannya menentang pemerintah negara Islam, mengungkap pengkhianatan dan persengkokolan dengan musuh umat Islam. 


Mereka juga melancarkan kritikan terhadap pemimpin atau penguasa yang mereka anggap telah mengabaikan hak-hak umat serta tidak menjalankan kewajiban terhadap umat mengikut pandangan mereka.


Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kumpulan terhina dan lain-lain. Mereka turut menghukum negara Malaysia dan Indonesia sebagai negara kafir yang halal untuk membuat apa sahaja ke atasnya. Bukan itu sahaja, Hizbut Tahrir malah menghukum seluruh umat Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati dalam dosa besar seperti kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar tidak mendirikan khilafah mengikut ideologi yang dipegang oleh Hizbut Tahrir.


Hizbut Tahrir turut menghina dan mencela akidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Hizbut Tahrir mengkafirkan ulama Islam yang berpegang kepada fahaman aliran akidah Al-Asy'irah (memahami akidah melalui pemahaman sifat 20) dengan gelaran Al-Jabariyyah yang kafir.


Hizbut Tahrir juga dengan sewenang-wenangnya menuduh kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah adalah disebabkan perbuatan golongan yang dinamakan sebagai Salafiyyah Wahhabiyyah. Terdapat pelbagai penyelewengan fahaman  songsang yang lain lagi sehingga Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam di beberapa buah negeri di Malaysia telah mengeluarkan fatwa ajaran Hizbut Tahrir adalah menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Jika sesiapa yang berpegang pada ajaran tersebut dianggap bersalah dan boleh dikenakan hukuman.


Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam, Bil 8 (1), 2015 dan Majalah Al-Kuliyyah, Jabatan Agama Islam Selangor, Disember 2008

Comments