BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! VIRUS LIBERALISME SEMAKIN MEMPENGARUHI PEMIKIRAN PARA CENDEKIAWAN ISLAM BOLEH MENJADI PEMANGKIN PENYEBARAN FAHAMAN LIBERAL DI NEGARA INI BERSAMALAH MEMBANTERASNYA!!!
Gerakan liberalisme ini adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara Barat dan telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan seperti ekonomi, budaya, politik dan agama.
Bahayanya golongan berfikiran Islam liberal kerana tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung disebalik slogan gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fiqh. Mereka berusaha menolak bentuk tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama, termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama termasuk tafsiran daripada Rasulullah SAW dan sahabat serta ulama mujtahid.
Bagi mereka, agama hendaklah disesuaikan dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas syarak secara jelas (qot'i). Bagi mereka, jika terdapat hukum yang tidak menepati hak-hak asasi manusia dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.
Pemikiran Islam liberal ini juga telah menyelinap masuk dan tidak terkecuali kepada para intelektual Islam. Dilema ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan akhirnya terpesona dengan pemikiran Islam liberal ini yang berpaksikan kebebasan individu tanpa batas.
Tokoh-tokoh cendiakawan Islam di Timur Tengah pada abad ke-20 nampak lebih ketara kerana mudah terpengaruh dengan ideologi liberalisme. Pada peringkat permulaan, pemikiran ini berlegar dalam bidang pendidikan sahaja sebagai langkah untuk membebaskan umat Islam ketika itu daripada sifat taqlid buta dan langkah bergerak maju ke hadapan. Namun begitu, kemudiannya idea murni pemikiran ini disalahfahami konsepnya oleh segelintir cendiakawan yang membawa kepada satu aliran pemikiran dengan menjadikan rasionalisme sebagai prinsip dalam setiap pendekatan yang diambil.
Terpengaruh dengan cara berfikir Barat, akhirnya mewarnai gerakan modernisme Islam hasil konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat. Bermula dari sinilah pemikiran liberal dalam Islam ini mula bertapak dan akhirnya berkembang dalam kalangan segelintir pemikir Islam.
Sumber: Jurnal Sains Humanika, Vol. 5(3) - 2015
Comments
Post a Comment