BAHAYA STRATEGI JAHAT PUAK KRISTIAN EVANGELIS MENGGUNAKAN STRATEGI "PENGANUT KRISTIAN BERLATAR BELAKANG ISLAM" UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI ORANG MELAYU MENGANUT AGAMA KRISTIAN"
Artikel sebelum ini telah diterangkan berkenaan golongan ‘Insider Movement’ iaitu mereka yang berpura-pura Islam secara zahirnya di hadapan ahli keluarga dan di khalayak ramai, sedangkan sebenarnya mereka menyembunyikan kemurtadannya ke agama Kristian. [https://alhaqcentremalaysia.com/?p=3761]
Susulan daripada strategi puak evangelis yang mewujudkan ‘Insider Movement’ tersebut, mereka juga telah mengkategorikan kelompok tersebut sebagai ‘penganut berlatar belakang Islam’ atau Muslim Background Believer (MBB). Golongan MBB ini kemudiannya diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan tahap mereka mengamalkan ajaran Kristian tersebut iaitu dari C1 hingga ke C6.
Spektrum C1-C6 Penganut Kristian MBB adalah seperti berikut:
C1- Mengamalkan Kristian 100% hingga meninggal langsung Bahasa ibunda
C2- Seperti C1 tetapi masih mengekalkan Bahasa ibunda
C3- Mengamalkan Kristian hampir keseluruhannya dan mengekalkan adat budaya asal (yang tiada kaitan dengan agama)
C4- Seperti C3 tetapi dicampurkan aduk serba sedikit elemen Islam seperti mengelak makan babi dan mengekalkan pemakaian Islam
C5- Mengekalkan identiti sosial dalam masyarakat Islam dan cuba mengekalkan amalan luaran Islam. dilihat juga seperti seorang Islam yang agak liberal
C6- Menyorok langsung atau berpura-pura sehingga mati pengakuannya terhadap Jesus dan mengekalkan identiti Islam 100% kerana bimbang keselamatan mereka
Berdasarkan spektrum tersebut,sememangnya MBB kategori C5 dan C6 ini sukar dikesan hatta oleh sahabat handai dan ahli keluarga terdekat. Oleh itu, jangan rasa terkejut jika dua kategori ini sering membuat kenyataan pelik-pelik, sebenarnya mereka adalah termasuk dalam kelompok ‘Insider Movement’. Maka, tidak hairanlah jika hendak membuat kesimpulan bahawa kecenderungan peningkatan kelompok ‘Insider Movement’ ini sebenarnya adalah tinggi dan sedar tidak sedar ianya dalam kalangan orang Islam berbangsa Melayu sendiri.
Justeru itu, sama-samalah kita berwaspada dengan ancaman ini. Peliharalah ahli keluarga kita dan seluruh umat Islam amnya dari fitnah jahat pelampau evangelis Kristian yang dilaknat Allah ini.
Sumber: akarimomar.wordpress.com
Comments
Post a Comment