BOLEH KAHWIN BERLAINAN AGAMA??? FAHAMAN SESAT GOLONGAN LIBERAL YANG MEMPERJUANGKAN HAK KEBEBASAN INDIVIDU SEMAKIN MEREBAK DAN AKAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM BERHATI-HATILAH!!!

 


Fahaman liberal agama yang bertapak di negara ini kononnya ingin membawa pembaharuan dalam agama dengan cara memberi penafsiran baru terhadap teks agama.

Idea-idea baru yang mementingkan kebebasan individu dalam berfikir, bersuara dan beragama dilihat mula dipandang baik dan menjadi normalisasi bagi segelintir masyarakat Malaysia yang beragama Islam.

Pendokong liberal juga menganggap bahawa semua agama akan bertemu pada titik yang satu sahaja iaitu ketundukan kepada Tuhan. Mereka turut mendakwa bahawa penganut semua agama akan masuk syurga, selain Islam ada lagi jalan-jalan menuju ke syurga iaitu melalui agama-agama lain selain Islam. Alasannya semua manusia sama-sama mencari Tuhan sebenar. Oleh yang demikian, penganut sesuatu agama tidak boleh mendakwa agamanya adalah yang terbaik.

Sebagai contoh di Indonesia yang terkenal dengan jumlah umat Islam yang ramai, namun penularan fahaman liberal yang berleluasa memperlihatkan fenomena perkahwinan campur iaitu pasangan yang berbeza agama dibenarkan berkahwin malah bukan merupakan suasana yang pelik di sana. 

Dalam konteks agama, perkahwinan di antara pasangan yang berlainan agama ini adalah harus secara hukum asalnya. Namun, perlu menepati syarat-syarat wajib yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya seorang ahli kitab (Kristian) boleh berkahwin dengan orang Islam, namun ada syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan perkahwinan berlaku dan hanya untuk keadaan yang tertentu sahaja. Syarat-syarat ketat yang diletakkan Islam telah menyebabkan golongan liberal ini merasa terkongkong dan mengambil jalan mudah untuk meneruskan perkahwinan mengikut tafsiran tersendiri atau terus murtad mengikut agama pasangannya.

Di Malaysia, perkara seperti ini masih terkawal dengan adanya undang-undang yang ketat dan kawalan daripada pihak-pihak berkuasa. Namun, pemantauan secara berterusan adalah perlu dan pada masa yang sama turut memberi peringatan kepada masyarakat tentang bahayanya fahaman liberal ini yang bebas dalam semua perkara sehingga boleh membawa seseorang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar dengan penafsiran tersendiri dan akhirnya berlaku murtad.

Sumber: Jurnal Universiti Malaya (Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif Akidah Islam)


Comments