IDEOLOGI YANG MEMISAHKAN AGAMA DENGAN KEHIDUPAN ATEISME, SEKULARISME DAN SOSIOLISME CUBA MEMPENGARUHI UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN MELALUI PENULISAN BUKU TOKOH-TOKOH MEREKA BERHATI-HATILAH!!!

 

Setelah Barat berjaya membangungkan tamadun mereka dengan memisahkan kehidupan duniawi daripada keagamaan, Islam pula mengalamai zaman kemunduran disebabkan kehilangan roh Islam pada diri penganutnya dan kelemahan umat Islam dalam menguasai ilmu pengetahuan.


Semenjak itu, Barat berusaha untuk menguasai peradaban dunia dengan menyebarkan pelbagai ideologi dan pemikiran yang dicipta oleh mereka kepada seluruh manusia, kononnya pemikiran Barat mampu memberikan kemajuan kepada ketamadunan dunia tanpa perlu terikat dengan agama yang dikatakan mengongkong kehidupan. Kesannya lahirlah beberapa kenyataan yang disifatkan sebagai menolak agama dan Tuhan.


Dalam buku ‘The System of Nature’, D’ Holbach bukan hanya menyatakan bahawa ala mini bekerja dengan mekanismenya sendiri dan tidak melibatkan pengaruh Tuhan, bahkan beliau menolak kewujudan Tuhan dan mengkritik agama dengan keras. Beliau menuduh agama adalah suatu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Menurutnya lagi, ateisme di zaman moden imi adalah lanjutan daripada deisme yang merupakan satu langkah yang lebih jauh.


Selain itu, D’ Holbach, seorang filosofi Barat dalam bukunya ‘Good Sense’ mendakwa bahawa semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah ateis kerana mereka tidak tahu akan Tuhan. Penulis Barat lain, Ludwig Andreas pula menyatakan bahawa pemikiran mutlak tentang Tuhan tidak penting kerana ia sekadar khayalan akal yang berpisah daripada Tuhan. Hal ini bermaksud kepercayaan terhadap sesuatu perkara hanya boleh dirasai dan ditentukan oleh kebendaan sahaja, bukan sesuatu yang ditetapkan oleh akal sepertimana kepercayaan orang yang mempunyai agama tentang Tuhan.


Fauerbach, seorang filosofi Barat yang lain turut mendakwa bahawa kewujudan manusia adalah sebagai Tuhan tetapi bukan Tuhan, maka agama yang baru ialah politik dan bukan agama Kristian. Menurut Fauerbach lagi, Tuhan dan agama tidak menjadi asas kepada kerajaan kerana asas kerajaan ialah kehendak dan keperluan manusia dan masyarakat.


Begitu juga Karl Marx yang merupakan tokoh Sosialis dan Kapitalis, berpendapat bahawa Kristian dan semua agama di dunia hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan. Kerana itu agama dianggap oleh Karl Marx ialah candu rakyat, dan dikatakan agama telah merampas kesedaran manusia dengan membawa episod kedukaan, sedangkan manusia berkeinginan menjadikan kehidupan alam ini lebih baik. Menurutnya lagi, bukan Tuhan yang mencipta manusia, tetapi manusialah yang mencipta Tuhan. 


Sumber: Buku Ateisme Satu Penelitian Awal - JAKIM

Comments