TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK MENARIK BALIK FATWA PENGHARAMAN SYIAH KERANA AJARAN SYIAH JELAS SESAT DAN BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - WASPADALAH!!!

 

Asas fatwa pengharaman ideologi Syiah di Malaysia adalah cukup kuat kerana secara jelasnya fahamannya bercanggah dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Malah, ulama terdahulu seperti Imam Malik, Imam al-Ghazali, Imam al-Qurtubi, Imam al-Bukhari sudah terlebih awal menfatwakan golongan Syiah terkeluar daripada ajaran Islam sebenar.

Rukun Islam Syiah sepertimana terkandung di dalam kitab rujukan mereka iaitu Usul al Kafi tidak sama dengan rukun Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di dalam Kitab Fashlul Khitab fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab menyatakan bahawa al-Quran telah diselewengkan.

Bukan itu sahaja, malah golongan Syiah mengkafirkan isteri dan sahabat Nabi Muhammad SAW dan menurut fahaman sesatnya mereka dibenarkan untuk mengamalkan nikah mut’ah atau kahwin kontrak. Sedangkan implikasi dari perbuatan tersebut sudah tentu akan merosakkan kemuliaan penjagaan nasab.

Menurut fahaman mereka juga seperti dinukilkan dari kitab mereka Ikmal ad Din, orang yang tidak percaya dengan Imam ghaib lebih kafir daripada iblis. Dalam kitab Biharul Anwar golongan Syiah malah menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Inilah antara ciri-ciri ideologi Syiah yang perlu didedahkan kepada umat Islam yang berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya akidah kita terselamat daripada kesesatan. Fahaman ini jika berleluasa akan menyebabkan konfrontasi antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah seterusnya akan menjejaskan ketenteraman negara.

Oleh itu, tidak ada keperluan bagi pihak berkuasa agama untuk menarik balik fatwa mengenai pengharaman ajaran Syiah di negara ini kerana ianya memang tidak silap berasaskan ciri-ciri ideologi mereka yang telah dinyatakan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia dan Berita Harian-20 Nov 2018


Comments