AWAS DENGAN MODUS OPERANDI HALUS GERAKAN KRISTIANISASI!!! BEBAS BERGERAK KE KAWASAN PENDUDUK ISLAM DEMI MENYEBARKAN RISALAH ‘BIBLE’ DAN MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM

 


Gerakan Kristianisasi boleh ditafsirkan sebagai usaha atau kegiatan orang-orang Kristian sama ada dilakukan secara terang-terangan atau pun tersembunyi. Jika dahulu, taktik gerakan kristianisasi dilakukan secara terang-terangan dan kekerasan seperti melalui peperangan dan pertembungan-pertembungan yang melibatkan pertumpahan (perang Yarmuk, perang Salib dan sebagainya).

Namun, setelah mengalami beberapa siri kegagalan dalam peperangan, seorang Raja Perancis, Lois IX semasa dia menjadi tawanan, timbul idea untuk menganjurkan program Kristianisasi dan telah diusulkannya kepada Paus Anusant IV agar mengadakan kongres Kristianisasi yang dihadiri oleh semua ahli dari negara Kristian. Hasilnya, tertubuhlah organisasi-organisasi Kristian yang teratur dengan tugas utamanya ialah untuk mengkristiankan umat Islam dan kaedahnya adalah dengan cara yang lebih lembut dan halus.

Maka tidak hairanlah jika di Malaysia turut dapat dilihat gerakan-gerakan Kristianisasi mula memasuki kawasan-kawasan kampung, pedalaman mahupun melalui media sosial dan secara maya demi merekrut umat Islam masuk ke agama Kristian. Taktik ini bukanlah satu taktik yang baru, namun mengapa ianya dipandang sepi sehingga golongan ini berani untuk mendekati umat Islam dengan mudah dan secara terang-terangan.

Sebagai contoh suatu ketika dahulu, terdapat sekumpulan mubaligh Kristian yang terdiri daripada lapan orang berbangsa Cina dan India serta diketuai oleh seorang ‘Mat Saleh’ bergerak dari rumah ke rumah mengedarkan risalah dan ‘berkhutbah’ mengenai ajaran dalam Kitab Bibble di kawasan perumahan penduduk Melayu seperti di Banting dan Kampung Pandan. 

Adalah tidak salah jika golongan ini digelar sebagai penjenayah kerana secara jelasnya dalam setiap enakmen negeri ada termaktub bahawa orang bukan Islam tidak boleh memujuk, mempengaruhi, memaksa, menghasut atau mengendalikan apa jua aktiviti dengan tujuan untuk ‘mengkristiankan’ umat Islam. Dan tidak keterlaluan juga jika mereka dianggap sebagai pengganas kerana mereka kini seolah-olah melakukan kaedah kamikaze dan sudah tidak endah kemarahan umat Islam. Justeru itu, waspadalah umat Islam supaya tidak terperangkap dengan modus operandi dan taktik licik golongan kristianisasi ini. 

Sumber: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, UM dan akarimomar.wordpress.com

Comments