CEGAH SEBELUM PARAH!!! KUMPULAN HIZBUT TAHRIR MALAYSIA SEMAKIN AKTIF MENYEBARKAN FAHAMAN RADIKALISME YANG MEMPROMOSI KEGANASAN DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM

 


Gerakan Hizbut Tahrir mula bertapak di Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2009, mereka telah menubuhkan Khalifah Centre di Bandar Baru Bangi, Selangor sebagai pusat pembangunan dakwah fahaman Islam. 


Bukan itu sahaja, perjuangan Hizbut Tahrir dikesan telah memasuki tahap kedua iaitu berinteraksi secara terbuka dengan umat Islam. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti mereka menyebarkan risalah ‘Sautun Nahdah’ bukan sahaja di masjid-masjid secara manual, malah turut disebarkan melalui sosial media untuk mendapat lebih capaian yang tinggi.


Hizbut Tahrir juga dilihat berusaha untuk mengembangkan fahaman dan pengaruhnya dalam kalangan anggota tentera yang dikatakan sebagai platform terbaik untuk menjayakan pengambilalihan kuasa pemerintahan negara tanpa melalui proses pilihan raya (rampasan kuasa) sebagaimana berlaku di negara-negara Timur Tengah sebelum ini. 


Berdasarkan kepada perkembangan semasa kegiatan Hizbut Tahrir ini dapat dirumuskan bahawa pendekatan ‘usrah’ yang dijalankan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti tentera, ahli politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan lain-lain individu berpengaruh akan digerakkan untuk mencapai matlamat meraka. 


Berwaspadalah kerana kejadian seumpama ini pernah terjadi di Pakistan pada tahun 2011 di mana tiga Pegawai Kanan Tentera Pakistan  termasuk seorang berpangkat Brigadier Jeneral telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana mengutuk pegawai-pegawai tentera dan Kerajaan Pakistan yang menyokong hubungan Pakistan dengan Amerika Syarikat.


Justeru itu, awasilah gerakan ini kerana Hizbut Tahrir berpotensi menjadi lebih agresif dan radikal pada masa akan datang sekiranya tidak berjaya mencapai matlamatnya melalui kaedah-kaedah sedia ada iaitu secara protes dan demonstrasi jalanan. Sepertimana gerakan politik radikal Darul Islam di Indonesia yang telah melahirkan kumpulan Jemaah Islamiyah di Indonesia, gerakan Hizbut Tahrir juga berupaya mewujudkan minoriti berideologi radikal dan menggunakan kekerasan serta keganasan sebagai penyelesaian terakhir untuk mencapai objektifnya.


Sumber: Terrorisme Observer, 12 November 2020

Comments