“MANUSIA SEHARUSNYA MENCIPTAKAN TUHAN, BUKAN TUHAN YANG MENCIPTA MANUSIA” – KARL MARX USAH TERPEDAYA DENGAN IDEOLOGI TOKOH ATEISME BARAT YANG SESAT LAGI MENYESATKAN
Pelopor ateisme zaman kini mendakwa bahawa beragama Islam adalah penyebab kepada kemunduran di dunia Islam, kerana kononnya agama Islam telah mengikat kebebasan akal daripada berfikir untuk mencapai kemajuan.
Bagi tujuan itu, seorang tokoh sosialis dan kapitalis, Karl Marx berpendapat bahawa semua agama termasuk Kristian hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan. Baginya, agama adalah ibarat ‘candu rakyat’ yang telah merampas kesedaran manusia dengan membawa episod kedukaan, sedangkan manusia berkeinginan menjadikan kehidupan alam ini lebih baik. Dakwanya lagi, seharusnya manusia yang mencipta Tuhan, bukan Tuhan yang mencipta manusia.
Kenyataan Karl Marx ini telah mendapat sokongan kuat oleh seorang lagi tokoh, Vladimir Lenin, menyatakan bahawa agama adalah sejenis arak yang sangat kotor sehingga memabukkan akal serta menutup ingatan seseorang manusia daripada mengingati tentang kesedaran untuk berusaha membebaskan diri.
Kemuncaknya, Friedrich Nietzsche menyatakan bahawa Tuhan telah mati, dan gagasan ini telah menjadi asas terpenting kepada ateisme dan lain-lain ideologi pascamoden untuk tidak mempercayai Tuhan. Agama dan kepercayaan kepada Tuhan dikatakan hanya sebagai ilusi, maka manusia perlu menggantikan kedudukan Tuhan yang telah mati dengan memerangi agama Kristian dan agama-agama lain.
Berdasarkan paparan sebahagian pemikiran tokoh ateisme tersebut, keracunan pemikiran sebegini merupakan sejarah terburuk dalam kehidupan beragama. Perkembangan fahaman ateisme ini ke seluruh dunia termasuklah dalam dunia Islam boleh mempengaruhi minda anak muda Islam yang rapuh imannya.
Pergerakan ateisme terkini yang diistilahkan sebagai ‘New Atheism’ dengan membawa slogan: “Tiada syurga. Tiada neraka. Hanya Sains” memberi satu tugasan yang berat kepada tokoh-tokoh Islam terutamanya untuk membuat ‘gerak saraf perang saraf’ terhadap ideologi sesat ini agar hujah-hujah mahupun doktrin yang disebarkan dapat ‘dipatahkan’ dengan ayat-ayat al-Quran serta hadis yang sudah semestinya lebih rasional daripada akal manusia yang berlandaskan nafsu dan kepentingan masing-masing.
Sumber: Buku Ateisme: Satu Penelitian Awal - JAKIM
Comments
Post a Comment