MENGUNGKAP ISU MAWLA MUHAMMAD AMIN AL-IDRISI YANG MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI CICIT NABI SAW JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN IMEJ SERBAN DAN JUBAH KERANA DIKHUATIRI AKAN MENYESATKAN AKIDAH


 


Baru-baru ini terdapat satu isu viral dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin al-Idrisi telah mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW daripada jalur Saidina Hasan dan Husin. Kedatangannya ke Malaysia dengan tujuan untuk memberi ceramah di seluruh negeri di Malaysia sempena sambutan Maulidul Rasul telah menjadi satu kekecohan dalam kalangan masyarakat kerana ada segelintir pihak seperti golongan wahabi menyambut penuh keterujaan dan ketaksuban kedatangan beliau, manakala sebahagian majoriti masyarakat yang lain was-was dengan dakwaan tersebut.


Golongan yang mepercayai dakwaan tersebut turut mendakwa bahawa beliau adalah Imam Mahdi, malah menyatakan bahawa melihat Mawla Muhammad Amin al-Idrisi ini seperti melihat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan semua itu adalah bibit-bibit ketaksuban yang boleh menyebabkan kemelampauan dalam mengangkat dan memuliakan seseorang. Sedangkan beliau tidak ada sifat-sifat Imam Mahdi sedikit pun apatah lagi seorang ulama. 


Dalam menyusuri biodata Mawla Muhammad Amin ini, beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Awam dari sebuah universiti di Nigeria dan Ijazah Sarjana dalam Sains Politik dari University of Nice Sophia Antipolis, Perancis. Secara ringkasnya tiada pengajian Islam yang formal yang beliau belajar. Jadi apakah sebab yang kita hendak mengangkat beliau lebih daripada orang lain sedangkan beliau bukan alim ulama atau cendiakawan. Di Tanah Arab ada keturunan Nabi SAW yang paling kukuh dan jelas iaitu keturunan Raja Jordan (jalur Hashmiah) yang merupakan jalur keturunan yang lebih jelas. Mengapa tidak angkat sahaja mereka berbanding Mawla Muhammad Amin ini jika bukan kerana isu ilmu dan ulama?


Ustaz Adli al-Qarni yang merupakan seorang warga Nusantara, Indonesia, belajar dan bermastautin di Maghribi telah membongkarkan taktik-taktik licik dan siapakah sebenarnya Mawla Muhammad Amin ini di Facebook miliknya. Beliau yang juga merupakan seorang yang rapat dengan tokoh-tokoh di Maghribi cukup mengenali sosok Mawla tersebut dan mempunyai data-data yang tidak elok berkenaan Muhammad Amin al-Idrisi di Maghribi. Oleh sebab itu, sebelum mempercayai sesebuah dakwaan, perlu dikaji dahulu daripada mana asal-usulnya.


Umat Islam secara jelasnya sangat mengasihi anak cucu nabi setinggi-tingginya, bahkan nasab keturunan nabi itu sendiri dipercayai mempunyai satu bentuk kemuliaan. Namun begitu, kita tidak mahu mengangkat orang yang salah dalam masyarakat sehingga akhirnya memberikan kesan yang buruk dalam masyarakat. Seseorang yang dikatakan sebagai keturunan Nabi SAW adalah seorang yang mempunyai jalur keturunan yang jelas, berpegang teguh dengan ajaran Nabi SAW, membawa panji-panji agama seperti Nabi SAW sehingga dia sendiri menekuni apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Maka layaklah untuk digelar sebagai salah seorang tokoh ulama yang boleh diambil manfaat daripadanya bukan disembah dan ditaksubi.


Namun, apabila ada seseorang yang menyandarkan dirinya kepada Nabi SAW tetapi tidak menunjukkan perilaku yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW, maka secara jelas beliau tidak layak diikuti dan diangkat dalam masyarakat kerana dibimbangi dapat membuatkan masyarakat taksub kepada dirinya sehingga melampau dalam memuliakan seseorang. 


Justeru itu, masyarakat Islam janganlah mudah terpedaya dengan serban, jubah, perkataan al-Idrisi al-Hasani serta senarai nasab sehingga ia dimuliakan tanpa sebab yang munasabah. Ini menjadikan umat tidak pandai dalam menilai tetapi hanya mengikut tanpa alasan. Jika kita hendak mengambil ilmu, ambillah daripada kalangan para ulama bukan daripada orang awam atau orang yang tidak berilmu. 


Sumber: youtube Syihabudin Ahmad

Comments

  1. Bertanggungjawab lah kamu di padang masyar nanti akan ape yg kamu tulis dan fitnah pada keturunan asli Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taksubnya kamu

      Delete
    2. Kalau aswj bawa keterunan nabi dan ulama seperti habib umar hafiz atau habib ali aljufri boleh lah di sanjung tinggi... ni kalau setakat status nasab nabi.. ramai org malaysia juga ada nasab nabi

      Delete
  2. Toxic gila hg ni.ada ciri2 hati hitam

    ReplyDelete
  3. Cakap je lebih. Bukti xde. Fitnah2

    ReplyDelete
  4. Blog Wahabi Khawarij Detected . Berlapand dada la admin bodoh, bukan semua benda dalam dunia ni kita tahu atau pandai.

    ReplyDelete
  5. Bila orng yg tkde ilmu berkata kata. Siapa yg angkat dia ? Dia mintak diangkat ke ? Dia dtg nak sambut maulidur rasul sbg tetamu kehormat je pun. Bila budak2 bru nak up ckp imam mahdi lah apa lah trus jdikan berita utama. Rakyat taksub imam mahdi. Hebat betul korng ni eh. Takpe Allah Maha Adil. Tunggu je nnti.

    ReplyDelete

Post a Comment