SAMBUTAN HALLOWEEN DI ARAB SAUDI - UMAT ISLAM DIGESA UNTUK MEMPERKUKUHKAN IMAN DALAM MENGHADAPI UJIAN AKHIR ZAMAN

 

Sesungguhnya kita kini memang sudah berada pada akhir zaman. Ini amat mengejutkan apabila Kerajaan Arab Saudi membenarkan sambutan Halloween di Kota Riyadh pada hari Sabtu lalu. 

Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun oleh masyarakat pagan celtic purba bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve. Apakah hukumnya menyambut halloween? Sabda Rasulullah SAW: 

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. (HR Abu Daud). 

Sememangnya sudah jelas dan nyata bahawa sambutan Halloween di kalangan  umat Islam adalah diharamkan! Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. 

Tidak dapat dipastikan mengapa dan apa alasannya acara sebegini dibenarkan oleh pemerintah Arab Saudi. Cuma apa yang boleh dikatakan kepada seluruh umat Islam bahawa persiapankanlah diri kita dengan akidah yang kuat dalam di dalam diri bagi menghadapi ujian akhir zaman yang semakin banyak ini. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam menjaga dan memelihara keislamannya dengan menjaga akidahnya daripada sebarang perkara yang boleh menjadikannya rosak dan terbatal.  

Akidah adalah perkara yang amat penting dan sensitif dalam agama Islam. Ia tidak boleh dipersendakan atau dipermain-mainkan sama ada dengan hati, perkataan mahupun perbuatan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjaga keutuhan akidah kita di akhir zaman ini agar terus tetap di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT: 

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (QS Al-An’am: 82). 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments