AWAS DENGAN KETAKSUBAN PENGIKUT AJARAN SESAT!!! MENDAKWA POLITIK ITU HARAM SEDANGKAN PENTADBIRAN ISLAM ITU WAJIB DIPERTAHANKAN DEMI KEMASLAHATAN UMMAH

 


Aktiviti politik bukanlah suatu perkara yang menyalahi syariat Islam. Malah Rasulullah SAW sendiri menjalankan aktiviti politik pada zamannya. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW telah menyusun Perlembagaan Madinah yang menjadi asas sistem politik negara, berjaya mempengaruhi masyarakat Madinah Arab dan Yahudi Madinah yang bertelagah supaya menandatangani perjanjian Sahifah Madinah, pembinaan masjid sebagai langkah pertama ke arah pembangunan insan di Madinah, mendirikan penempatan awal untuk golongan Muhajirin di kawasan tengah oasis dan sebagainya.


Apabila tercetusnya kumpulan-kumpulan yang menyandarkan sesuatu ajaran itu daripada Islam dimana menyatakan politik itu adalah haram, perlu menjauhkan diri daripada politik, jangan turun mengundi dan sebagainya. Padahal, tanpa sedar kenyataan yang dikeluarkan itu adalah tanpa asas keilmuan dan menunjukkan kejahilan dirinya yang bersifat jahiliah. 


Hakikatnya, aktiviti politik itu tidak salah, namun cara menjalankan politik itu yang perlu diperhalusi. Jika hendak mencapai matlamat politik dengan cara yang salah maka baru betul ianya adalah haram kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Dihujahkan bahawa politik itu melalaikan, namun tahukah bahawa jika umat Islam meninggalkan politik dan menyerahkan kuasa negara kepada bukan Islam boleh memberi kemudaratan kepada umat Islam sendiri?


Sekiranya pentadbiran dikuasai oleh orang bukan Islam, sudah tentu pemerkasaan terhadap syariat Islam akan terhakis, keistimewaan kepada orang Melayu juga akan terhakis, kekuasaan Raja-Raja Melayu juga akan terhakis. Bukankah begitu? Oleh sebab itu, bukalah minda, mengapa terperosok dengan ideologi sesat ini yang dipenghujungnya merugikan umat dan agama Islam sediri? Tidak salah untuk turun mengundi biarpun melalui sistem demokrasi. Namun, demi mempertahankan Islam di tangan pemimpin yang betul adalah wajib. 


Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia

Comments