AWAS MELAYU-ISLAM!!! GOLONGAN ATEIS DIJANGKA MENGUASAI PEGANGAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 2038 JIKA TIADA LANGKAH PENCEGAHAN


Ateisme pada masa kini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ateisme eksplisit dan ateisme implisit. Ateisme implisit merujuk kepada ketiadaan kepercayaan terhadap agama dan Tuhan tanpa melakukan penolakan secara sedar. Ateisme eksplisit merujuk kepada ketidakpercayaan terhadap agama dan Tuhan yang dilakukan secara sedar.

Lambakan bahan bacaan berkaitan ateisme dan hasil kajian yang menunjukkan peratusan golongan ateis semakin meningkat menggambarkan bahawa wujudnya pola pemikiran manusia secara besar-besaran yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dan tidak beragama.

Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan serta faktor pegangan akidah yang lemah akan mengakibatkan umat Islam lebih mudah terdedah kepada pengaruh ateisme. Sebagaimana berlaku kepada Ahmad Harqan dari Arab Saudi yang asalnya beliau merupakan seorang Islam yang kuat berpegang dengan aliran salafi, kemudian berubah menjadi liberal dan seterusnya menjadi ateis.

Bukan sahaja di Malaysia, di negara Arab yang sinonim dengan tempat para nabi dan rasul turut mengalami peningkatan jumlah golongan yang berfahaman ateis. Antara faktor berlakunya gejala ateisme di negara-negara Islam ini adalah sebagai reaksi kepada pemikiran jumud dan ekstrem dalam persoalan agama serta masalah kemiskinan dan penindasan dalam isu negara. Maka tidak hairanlah jika negara Arab ini mula terbuka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti hiburan sepertimana baru-baru ini menganjurkan pesta Halloween di Kota Riyadh.

Di Malaysia, walaupun peratusan penganut ateisme masih berskala kecil, tetapi ia sangat membimbangkan dan berpotensi untuk meningkat jika tidak diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Tinjauan di sosial media didapati bahawa masyarakat Melayu-Islam ada yang telah menjadi ateis. Namun, majoritinya mungkin takut untuk mengaku secara terang-terangan.

Perkembangan ini sangat membimbangkan memandangkan jumlah ateis diramal akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Menurut kajian ‘Win-Gallup International’ yang melakukan kajian berkenaan pegangan agama dalam kalangan Melayu-Islam didapati mereka yang berfahaman ateis dijangka menjadi kumpulan majoriti menjelang tahun 2038.

Sumber: Buku Ateisme: Satu Penilaian Awal - JAKIM


 

Comments