AWAS!!! PERKEMBANGAN KELOMPOK ATEIS YANG MEMBIMBANGKAN PADA MASA KINI BERPUNCA DARI PENYUSUPAN IDEOLOGI ATEISME DALAM PARTI-PARTI POLITIK

Tarikh sebenar kemunculan ateisme di Malaysia tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun, menurut kajian, sejarah ateisme berkembang di Malaysia dalam bentuk Marxisme atau Komunisme iaitu melalui politik dan sastera. 

Contohnya dahulu Parti Komunis Malaya (PKM) mula menjalinkan hubungan dengan orang Melayu terutamanya dalamkelompok Kesatuan Melayu Muda (KMM). Hasilnya didapati salah seorang Penasihat Sulit KMM iaitu Sutan Djenin merupakan seorang komunis dan ateis. Malah antara syarat menjadi ‘public figure’ Komunis atau orang kepercayaan PKM mestilah membuat pengakuan tidak percayakan agama.

Dalam kegiatan sastera pula, gejala ateisme ini sudah menular semenjak tahun 50an lagi. Sebagai contoh, Kassim Ahmad telah mengeluarkan ungkapan kontroversi yang disifatkan membawa ateisme melalui sebuah syair bertajuk ‘Sidang Roh’:
“Nanti akan padamlah dengan sendirinya, lampu dari menara tinggi, kerana di bawahmya orang kian mabuk, dan Tuhan sudah mati”.

Pada tahun 70an, sebuah novel bertajuk ‘Atheis’ telah dipilih sebagai teks sastera untuk Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Boleh disimpulkan dalam penceritaan penulisan tersebut, pengarangya tidak cuba membela agama Islam apabila diserang oleh Hassan selaku watak utamanya. Kesannya, seorang pelajar tingkatan enam atas sastera telah menyerang Islam sebagai ‘localised religion’ yang sudah ‘out-of-date’.

Pada masa kini terdapat pula kemunculan Atheis Republik yang dikatakan salah satu organisasi yang cuba menyerlahkan betapa baiknya untuk menimbulkan persoalan dan mencari jawapan terutamanya berkaitan dengan kewujudan Tuhan. Idea yang sering menimbulkan kecaman masyarakat beragama bagi mereka perlu diketengahkan untuk menimbulkan keraguan. 

Belum lagi dikira kemunculan lambakan akaun-akaun di sosial media menyebarkan ideologi ateisme seperti laman ‘Warung Atheist’, ‘Malaysian Atheist Confessions’, ‘Malaysian Atheist’ dan sebagainya. Semua ini membuktikan bahawa gejala ateisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya Melayu-Islam pada masa kini amat membimbangkan.

Justeru itu, calon-calon dalam parti politik perlulah disaring dahulu sebelum dipilih menjadi pemimpin bagi mengelakkan tersebarnya ideologi ateisme dalamkalangan masyarakat yang secara ‘membabi buta’ mengikut pemimpinnya dek kerana taksub dengan parti politik yang menjadi pegangannya.  

Sumber: Buku Ateisme: Satu Penelitian Awal - JAKIM


 

Comments