AWAS PROPAGANDA HIZBUT TAHRIR YANG SESAT!!! MENGHUKUM KUFUR KEPADA PENGAMAL SISTEM DEMOKRASI MENJADI SALAH SATU FAKTOR SEBAHAGIAN PENGUNDI ISLAM TIDAK TURUN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB PADA PRU-15
Hizbut Tahrir menyatakan bahawa pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Barang siapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur.
Mereka juga mengancam mana-mana pihak yang ingin memperjuangkan Islam melalui saluran demokrasi. Bagi Hizbut Tahrir, gerakan Islam yang memilih jalan harmoni dan aman adalah berdosa kerana perjuangan yang paling utama adalah mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Allah S.W.T.
Mengikut statistik PRU-15 baru-baru ini, didapati hanya 60% pengundi Melayu yang turun mengundi dan 90% pengundi bukan Melayu. Hasilnya memperlihatkan bahawa masih tiada kesedaran dalam kalangan umat Islam sendiri untuk menjalankan amanah demi mempertahankan pentadbiran dikuasai orang Islam.
Propaganda sebegini yang ditaburkan oleh Hizbut Tahrir sedikit sebanyak telah mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu kerana berasa was-was terhadap demokrasi yang dijalankan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Sedangkan telah banyak perbincangan ijma’ ulama berkenaan dengan hukum untuk turun mengundi, namun mengapa masih terpengaruh dengan kelompok fahaman yang was-was?
Bukalah minda dan telusi hukum-hukum ijma’ ulama supaya tidak terus terpengaruh dengan perkara-perkara yang menyesatkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre- 2022
Comments
Post a Comment