BAHAYA ATEISME!!! FAHAMAN YANG TERNYATA SONGSANG DALAM MEMPERJUANGKAN LOGIK AKAL DEMI KEPENTINGAN DIRI
Fahaman ateis yang songsang dilihat semakin menjadi normalisasi di Malaysia. Ancaman dan bahayanya ateisme ini mampu mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan prinsip kehidupan beragama serta memusnahkan kepercayaan kepada Tuhan.
Ateisme lahir daripada gejala negatif yang menyimpang dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mereka yang lemah pegangan iman kepada Allah SWT pasti mudah terpengaruh dengan fahaman sesat ini kerana mereka berpegang kepada prinsip logik dalam membuktikan sesuatu perkara termasuk berkenaan kewujudan Allah SWT.
Golongan ateis berpendirian, semua kepercayaan beragama yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah tidak benar. Seolah-olah fahaman ini memberikan akal manusia bebas untuk mengkaji sesuatu di luar kemampuan tanpa perlu berpandukan petunjuk wahyu Allah SWT.
Mereka sedaya upaya menimbulkan pelbagai keraguan tentang kebaikan syariat Islam, melakukan aktiviti yang melalaikan dan tidak berfaedah serta gemar membudayakan perkara yang bertentangan dengan Islam untuk memuaskan diri sendiri. Kepuasan itu dikongsi di media sosial sehingga akhirnya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya anak-anak muda yang di dalam fasa suka mencuba sesuatu yang baru.
Hakikatnya, segala perbuatan yang dilakukan demi kepuasan dan bersandarkan kepada logik akal adalah satu perbuatan yang sia-sia. Bukannya mereka tidak tahu perkara-perkara yang tidak masuk akal itu adalah satu perkara ‘ghaib’ yang membuktikan kekuasa wujudnya Tuhan iaitu Allah SWT, tetapi akal meminta untuk menafikannya atas asbab tidak mahu terikat dan mahu bebas. Renungkan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Comments
Post a Comment