KEKEJAMAN SYIAH TERHADAP ORANG SUNNI!!! MALAYSIA PERLU MENGAMBIL IKTIBAR IMPLIKASI BURUK BAKAL BERLAKU JIKA MELANTIK PEMIMPIN BERFAHAMAN SYIAH

 

Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan kumpulan ajaran sesat serta kumpulan Batiniah sesat yang lain.

Sejarah dan kajian menunjukkan bahawa aliran sesat Batiniah seperti Ismailiyah, Nusoiriah, Bahaiah, Qarotimah, Duruz dan lain-lain lagi adalah pecahan dari golongan Syiah. Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah SAW menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis aliran dan kumpulan.

Kekejaman Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh yang kuat atau negara sendiri. Contohnya Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membenarkan fahaman Sunni untuk berdiri tegak sama sekali meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan golongan Sunni untuk memerangi musuh-musuh Islam.

Oleh itu, kita perlu belajar daripada sejarah ini supaya negara Malaysia yang juga mempunyai segelintir masyarakat berfahaman Syiah tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti berlaku di Iran. Perlu diingatkan bahawa adalah satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya. Permusuhan Syiah terhadap Sunni memang tidak pernah ada penghujungnya. 

Jika mereka masih lemah dan bilangan yang sedikit, mereka akan bertaqiyyah seolah-olah berbaik dan saling menghormati golongan Sunni. Namun, jika bilangan mereka sudah ramai dan merasa sudah ada kekuatan, mereka akan menindas orang-orang sunni malah sampai satu tahap menghalalkan darah orang-orang Sunni. Apa yang berlaku di negara yang dikuasai Syiah seperti di Iran, Iraq, Syria, Lebanon dan negara majoriti Syiah yang lain perlu kita jadikan iktibar atau pengajaran yang berguna.

Sumber: akidah2u.wordpress.co. (19 Disember 2011)


Comments