KETIDAKSTABILAN POLITIK DI MALAYSIA MENYEBABKAN GOLONGAN HIZBUT TAHRIR MAHU MENGANGKAT SENJATA BAGI MENUBUHKAN KHILAFAH ISLAMIYYAH


Tujuan penubuhan Hizbut Tahrir adalah untuk menubuhkan sebuah Khilafah Islamiyyah (Negara Islam). Tujuan tersebut tidak salah, namun perlu ingat bahawa modus operandi Hizbut Tahrir adalah melalui peperangan dan kesanggupan untuk bekerjasama sekalipun dengan negara Barat dalam mencapai tujuannya. Maka, disinilah silapnya. Cara pelaksanaannya dalam mencapai matlamat dengan cara menganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara bukankah ianya suatu yang ektrem?

Sebagaimana seorang pemilik akaun Facebook Fahmi Melaka menyatakan bahawa kestabilan politik hanyalah di bawah Khilafah. Pengguna akaun ini sangat aktif dalam menyebarkan ideologi Hizbut Tahrir khususnya kepada rakyat Malaysia. Walaupun pengharaman Hizbut Tahrir di Malaysia telah jelas, namun mengapa masih tiada tindakan dikenakan sedangkan kita tahu mereka adalah wujud dan semakin berkembang?

Ingatlah bahawa Islam telah menganjurkan untuk berbincang sekiranya terdapat sebarang kekhilafan. Janganlah membuta-tuli untuk mengangkat senjata demi mempertahankan modus operandi fahaman yang dipegang kerana akibatnya bakal menentukan masa hadapan negara dan kehidupan generasi seterusnya.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia - 2022


 

Comments